“Eh kau ni dah lewat tak nak pergi solat asar dulu ke? Dah nak masuk maghrib dah ni”
“Ehh nantilah. Aku tengah syok layan cerita korea ni. Ohh pakwe hensem!”
“Habis tu kau nak solat Asar masa azan Maghrib ke?”
“Nantilah aku buat, tak pun aku qada’ je. Kau tak payah lah sibuk-sibuk.”
“Kau ni mana boleh suka hati kau je nak solat macam tu!”
“Kau ni kenapa??!! Sekarang ni orang tak solat ke solat ke sama je. Orang tak solat pun boleh berjaya, malahan lebih berjaya lagi dari orang yang solat.”
“Memanglah tu adalah ujian buat mereka, dan juga buat kau dan aku. Allah bagi kesenangan dulu. Berjaya di dunia, kau ingat di akhirat pun berjaya ke?”
“Ahhh kau ni!! Bising ahh”
_______________________________________________________
Rasa-rasanya berapa ramai yang rasa solat tak penting? Tak perlu pun dalam kehidupan ni? Buat apa nak solat-solat ni? Dulu masa belajar kat sekolah, solat tu salah satu dari rukun ISLAM, iaitu solat 5 waktu : Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Kalau tak solat maknanya tak lengkaplah rukun ISLAM dan ISLAM kah kita? Tapi kan dalam IC dah tulis ISLAM??!! Kan???!Tak gitu?Islam atas IC.
Kita tahu yang kita WAJIB untuk solat, solat ini telah disyariatkan kepada kita untuk kita laksanakan. WAJIB untuk melaksanakan kesemua 5 kali = 17 rakaat sehari. Kalau dah tahu benda tu wajib kenapa adanya timbul isu di bawah :
Situasi 1 : Mall/ Shopping complex, tak bawa kain telekung dari rumah jadikan itu alasan untuk tidak solat dan berjalan dalam mall dengan happynya, lupa yang tanggungjawab kita kepada TUAN kita belum terlaksana.
Situasi 2 : Mall/shopping complex, ada kain sembahyang disediakan di dalam surau tetapi berbau hapak (biasa la tu) jadi tak nak guna jadi terus tak solat.
Sepatutnya masa keluar dari rumah tu, dah pakai pakaian yang kita boleh terus bawa sembahyang dengan kata lain menutup aurat SEPENUHNYA. Bukan setakat membalut aurat nanti nak bawa ke solat pun tak lepas. Laki perempuan sama je, pakai pakaian yang boleh terus bawa untuk solat. Untuk perempuan maknanya:
Aurat perempuan ni lagi susah nak jaga berbanding lelaki. Sebab tulah kena jaga betul-betul.
· tudung tu labuh TUTUP DADA dan tidak jarang
· baju labuh TUTUP bontot tapi tolonglah bukannya yang ketat (biar yang kembang-kembang sikit)
· berlengan panjang yang juga tidak ketat
· seluar janganlah pula pakai legging kan? Berkain lagi baik (tapi bukan satin yang ketat!)
· Oh lagi satu stokin kaki jangan lupa J
Aurat perempuan ni lagi susah nak jaga berbanding lelaki. Sebab tulah kena jaga betul-betul.
Ni pun tuntutan menutup aurat yang sebenar, kalau dah macam ni tak payah dah susah-susah guna alasan tak ada kain telekung ke kain berbau macam ikan masin ke. Syarat sah solat bukannya kena pakai kain telekung yang berwarna putih bersulam bunga warna merah jambu. Jadi kalau kita dah tutup aurat tu dah boleh dah nak solat. Kita biasanya pakai kain telekung kalau nak solat sebab kalau macam ni lebih terjaga auratnya, tapi bukan bermakna tak ada kain sembahyang tak payah/tak boleh solat.
Jom!! |
Situasi 3 : Pergi padang, jatuh dan seluar terkena selut tanah / habuk. Ewww KOTOR!! Jadikan ini alasan untuk tinggalkan solat. “Seluar kotor la bang jatuh tadi” “Tu bukan najis pun, lupa ke?”
Selut tanah, pasir, habuk ataupun seangkatan dengannya bukannya tergolong dalam najis yang meyebabkan solat kita tidak sah pon. Yang kau sibuk bagi alasan yang kelihatan tidak berpendidikan begini kenapa? Hmm. Cek balik apa syarat sah solat. Apakah definisi najis yang membatalkan solat.
Situasi 4 : Pergi concert/social event yang mula pukul 8 malam, pukul 5 petang dah kena bertenggek disana, kalau nak tinggalkan untuk solat maghrib nanti susah nak masuk semula jadi lebih baik tinggalkan solat maghrib.
Pergi concert ni pun dah salah, bartambah salahnya bila sanggup pula kita meninggalkan solat demi perkara yang melaghakan ni. Kalau dah pergi concert tu ada ke duduk diam sopan-sopan? Lain la konsert Maher Zain kot.Bangga ke bila dapat melompat terkinja-terkinja? Laki perempuan bercampur aduk, tertepuk terpegang sana sini dan pastinya tak ada benda baik pon dapat dari benda macam ni. Boleh tambah iman ke? TIDAK! Tetapi sanggup pula meninggalkan solat demi perkara sia-sia ini.
Situasi 5 : Dinner mula pukul 8 malam juga. Nak solat maghrib mana sempat, nak kena cop meja kerusi segala, mekap-mekap lagi dah 2 jam, “ish susah, nanti je i qada’ solat”.
Sesuka hati je nak qada-qada. Nanti kalau tiba-tiba on the way balik kau accident dan umur tak panjang macam mana? Kan dah tak sempat nak qada solat tu. Macam mana nak mengadap ALLAH? Menyesal kemudian tak ada guna.
Nasihat : Sebelum keluar rumah pun lebih solat dahulu walaupun keluar hanya sebentar.
Nasihat : Sebelum keluar rumah pun lebih solat dahulu walaupun keluar hanya sebentar.
Situasi 6: Berada di tempat yang tak ada surau/masjid/bilik solat. Nak solat tengah-tengah jalan malu lah dengan orang lalu lalang. Nanti orang kata macam-macam pelik sangat.
Ehh dengan ALLAH tak malu ke? Orang ISLAM yang tak solat tu lagi pelik mengaku ISLAM tapi tak solat. Hurm. Dengan Allah lah kita sepatutnya paling malu. Dialah pencipta kita yang bila-bila masa saja boleh ambil nyawa kita. Dialah yang paling patut kita takuti dan taatilah semua perintahnya untuk kebahagian kita dunia dan juga akhirat. Dialah juga tuan kita yang sangat sayangkan kita. Buktinya? Terlalu banyak nikmat kurniaanNya di dunia ini walaupun kita ni layak ke untuk menerima segalanya?
Penting ke tak solat ni?
Kalau kita benar-benar rasa bahawa solat itu PENTING, kita tidak akan terfikir pun untuk meninggalkannya walaupun hanya SEKALI. Rasa bersalah akan menyelubungi hati. MASALAH kalau kita tidak rasa seperti ini jika meninggalkan solat dengan sengaja. Ini bermakna solat kita selama ini tidak memberi kesan kepada kita, IMAN kita.
Kalau kita benar-benar rasa bahawa solat itu PENTING, kita tidak akan terfikir pun untuk meninggalkannya walaupun hanya SEKALI. Rasa bersalah akan menyelubungi hati. MASALAH kalau kita tidak rasa seperti ini jika meninggalkan solat dengan sengaja. Ini bermakna solat kita selama ini tidak memberi kesan kepada kita, IMAN kita.
Walaupun sekali je tinggal, ni bukan alasan. Allah dah terlalu sayangkan kita. Dia dah kurangkan menjadi 5 kali je sehari. Rasul kita juga sayangkan kita, Baginda tahu kita ni tak mampunya kalau nak buat lebih dari 5 kali sehari. Kita je yang tidak menghargai semua ini. Apa yang Allah suruh bukannya susah untuk kita lakukan. Lakukan solat dengan ISTIQAMAH, sentiasa melaksanakan dengan IKHLAS (mungkin mula-mula kena paksakan diri tetapi tetapkan hati untuk lakukannya demi ALLAH, insyaAllah akan dipermudahkan) dan cuba sedaya upaya melawan nafsu dan godaan syaitan (kerana musuh utama kita dalam mengerjakan ibadah terhadap Allah adalah SYAITAN!)
Solat penting? Kalau penting kita sepatutnya :
· Utamakan solat lebih dari segalanya : masuk waktu terus solat!!
· Sentiasa menjaga kualiti solat (kusyuk dan memberi kesan kepada iman)
· Sentiasa dalam pakaian yang menutup aurat (i mean tutup aurat ye bukan balut aurat)
· Sentiasa bawa kain telekung ke mana-mana sahaja.
· Kalau tertinggal TANPA sengaja rasa bersalah sangat
· Tidak akan terfikir pun untuk skip satu waktu solat walau apa jua keadaan
· Solat walau di mana kau berada
· Lebih malu & takut kepada ALLAH daripada manusia
· Sentiasa menjaga kebersihan diri
Fikirlah sendiri mana lagi penting, hal dunia ataupun hal akhirat. Mana lagi penting? ALLAH ke kain sembahyang yang bukannya wajib @ mekap kau yang sememeh @ game tanam pokok lawan zombie @ cerita korea/jepun/anime/americon idol etc etc @ konsert lagha @ apa-apa aje?? Walaupun hanya sekali meninggalkan solat sebenarnya boleh menjejaskan IMAN kita dengan dasyatnya. Iman kita yang sentiasa turun naik jangan dengan mudahnya membiarkan ia turun dengan perbuatan kita yang mencintai keseronokan dunia.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman : “Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya”? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain”. (Riwayat At-Tarmizi)
13 comments:
alhamdulillah artikel yg bagus.
Alhamdulillah,semoga anak2 mak cepat2 gi sembahyg bila masuk waktu!
memang solat tu penting!
info yg berguna =)
terbaek lah entri. good job.keep it up !.
thanks for sharing :)
Solat tiang agama..
sejuk perut teratai
nice sharing!
terima kasih utk perkongsian ilmu ini ya ukhti...
good entri..perkongsian yang bermanfaat..orang yang tidak solat juga amalan baik dia tergantung..
Blackrose's latest entry: Bayi Lahir Tanpa Kulit
Semoga dapat dimanfaatkan :)
mohon share/.. hehe
oh sila2 :)
Post a Comment