Jul 5, 2011

Panadol adalah painkiller paling selamat!

Assalamualaikum wbt

Pernah tak selama korang hidup ni, korang dengar pasal Panadol duduk dalam badan selama 5 tahun? Paling kurang 5 tahun? Apa dia buat ye selama 5 tahun tu? Pikir jap.



Panadol (brand name) ni mengandungi paracetamol yang gunanya adalah untuk melegakan kesakitan (pain reliever – I prefer to use this rather than painkiller sebab bunyi painkiller sangat menakutkan). Paracetamol ada effect untuk mengurangkan demam (anti-pyretic) dan juga melegakan kesakitan (analgesic). Sebab tu kalau demam atau pening kepala doktor bagi ubat ni je kalau kita pergi hospital/klinik pun.

Jadi janganlah marah doktor sebab bila tengok ubat bukan ubat yang berwarna warni tetapi hanya sepapan paracetamol/panadol.

Jangka hayat paracetamol untuk kuantitinya menjadi separuh (half life) adalah selama 2 jam (1 – 4 hours, depend on person). Ini bermakna sangat cepat dia disingkirkan dari badan dan mana mungkin dia boleh stay dalam badan selama 5 tahun! Senang faham tengok gambaran graph di bawah :

Rupanya lebih kurang camni la ye. Mungkin tak seperfect yang ni. HAHA.

Walaubagaimanapun, dose untuk paracetamol hanyalah 4000mg sehari @ 8 biji (500mg) @ 6 biji (650mg). Tidak boleh lebih!Walaupun sebiji. It is a big NO!!! Ni baru boleh menyebabkan side effect yang sangat merbahaya kepada badan iaitu kegagalan hati untuk berfungsi! Ini adalah kerana paracetamol yang dah terlebih-lebih tu akan menghasilkan metabolite yang bertoksik kepada badan. Secara tidak langsung kesihatan buah pinggang pun akan turut terjejas. Sebab tu dia adalah selamat selagi tidak melebihi dose yang ditetapkan.



Kita pun ada pilihan lain untuk melegakan kesakitan contohnya ibuprofen dan aspirin. Mereka ini daripada keluarga NSAIDs, tetapi mereka ini sebenarnya mendatangkan lebih banyak bahaya berbanding paracetamol. Contohnya pendarahan dalam perut (GI bleeding/ulcer) dan anti-platelet effect (menyebabkan darah jadi cair, bahaya kalau terluka darah taknak clot). So, setakat ni paracetamol adalah ubat yang paling selamat untuk melegakan kesakitan, tu pun kalau makan ikut dose yang di tentukan.



Tapi ada sesetengah orang yang ada migraine kurang berkesan kalau bagi paracetamol, so kena bagi analgesic yang lebih kuat contohnya opioid (eg: Codeine). Namun penggunaan codeine boleh menyebabkan rasa nak muntah, pening-pening dan sembelit. Ada ubat yang mengandungi campuran kedua-dua paracetamol dan codeine agar penggunaan codeine tidak terlalu banyak. Apa-apa pun makan ubat kena ikut caranya barulah tidak membahayakan. Pastikan jumlah paracetamol yang diambil dari pelbagai produk tidak lebih 4000mg sehari.

1-2 tablets every 4-6 hours
Maximum 8 tablets (4000mg) daily

Walaupun selamat, tapi kalau setakat sakit sikit-sikit lebih baik tahan je supaya tidak terlalu bergantung kepada ubat. Contohnya sakit kepala yang boleh tahan, lebih baik tahan takut nanti kalau terlalu bergantung pada ubat akan menyebabkan medication overuse headache (Sakit kepala kesan pemakanan ubat yang terlalu kerap). Sesiapa yang mempunyai masalah hati dan juga buah pinggang juga perlu berhati-hati ketika mengambil ubat-ubatan.

So, kalau pernah dengar ada kes hati rosak, buah pinggang rosak lepas makan panadol, itu semua sebab pengambilan ubat yang tak ikut cara yang sepatutnya. Oleh itu patuhilah apa yang perlu demi kebaikan kita.

Inilah serba sedikit ilmu yang aku boleh kongsi selama aku belajar ni. Salah dan silap harap dibetulkan lah ye. Kalau tak faham @ nak tahu lebih lagi silalah bertanya, jangan buat assumption sendiri, bahaya bila berkaitan dengan ubat-ubatan ni.

ps 1: bukanlah Panadol painkiller paling selamat tapi paracetamol tu painkiller paling selamat untuk kanak-kanak mahupun wanita mengandung.
ps 2: janganlah makan macam makan smarties walaupun dia tak ada side effects yang ketara kecuali jika ter-overdose.
ps 3: kalau tahan makan sebiji je, makan sebiji jelah.OK.
ps 4: Jadi yang bahayanya Paracetamol ni hanyalah kalau terlebih dose.
ps 5: kita usaha untuk sembuh yang selebihnya serahkan kepada Allah swt :)
ps 6: Banyak benor ps nye. HEHE.


14 comments:

klANA said...

nice info.. tq.. tapi sy x blh mkn panadol,bila mkn mata sy bengkak.. hukhuk (T_T)

MERAH said...

wc :)
wahh tu macam allergi pada paracetamol je.better elakkan :)

Anonymous said...

kalau amek lebih dose memang gerenti ada kerosakan hati ke untuk jangka masa panjang ?

MERAH said...

kalau amik terlebih dose memang kemungkinan untuk mendapat kerosakan hati sgt tinggi.kalau terlebih dose lebih baik trus bjumpa doktor spy blh monitor keadaan hati dan utk elak keadaan semakin parah.

Wallahu a’lam :)

munirasedek said...

info yg bagus,
tq 4 sharing :)

mohdhazlan Dreadlock said...

betul...mkn mengikut dos yang betul ...nice info :)

cik panadol said...

dah imum panadol la...makan pon xde effect lg hahaha

Muhammad Izuan said...

lepas mesen rumput, agkt brg2 berat, wajib makan panadol. sblm sakit. dah sakit, x pyh makan. buang masa je.

MERAH said...

Irah-aku.ummi : same2, smoga dpt dimanfaatkan :)

Cik Panadol : Ha imun2 pun jgn mkn melebihi dose :)

Muhammad Burn : Ni depend atas org. ada yang mkn sblm buat kerja, ada org mkn ms rasa sakit tu. sebab panadol tak amik masa lama utk mberi kesan :)

Unknown said...

baru ku tahuu,,

Green Apple said...

sakit kepala makan panadol
sakit gigi pon telan panadol.. hehe

MERAH said...

IRFAN BAKRI : baguslah dah tahuuu :)

GREEN APPLE : haa memang tu pun guna panadol, hati2 dengan kuantitinye ye :D

Unknown said...

Sebiji panadol ada berapa beratnya ya?

Unknown said...

Sebija panadol , berapa beratnya ?