Jan 20, 2011

Ada apa dengan Lisa Surihani & Hanis Zalikha?

Assalamualaikum wbt.

Macam ni la blogger2 lelaki skang duk perasan :p
kan?kan? Haha jangan marah :)
(ohh abaikan lukisan yg huduh krn ciptaan Allah pastinya yg paling sempurna)
Wahhh saja je pilih tajuk kontroversi alaf kini. Maklumlah 2 jelitawan ini sedang hot dan jadi rebutan ramai jejaka di luar sana. Kan? Kan? Tipu berdosa. Sebenarnya apa yang aku nak utarakan kali ini tak ada kaitan sangat pun dengan mereka. Bendanya aku nak sampaikan adalah secara umum. Haha. Jangan marah tuan dan puan.

Kebanyakkan lelaki rata-ratanya kalau tanya nak perempuan macam mana nak perempuan yang tutup aurat lah, jaga solat lah, sopan santun lah, lemah lembik lembut dan semua yang baik-baiklah. Lepas tu kata kebanyakkan perempuan dah tak macam yang mereka impikan sekarang. Ramai yang dah rosak, tak boleh guna. Aku nak tanya balik, yang merosakkan golongan kami tu bukan korang juga ke? Tapi ada hati nak perempuan macam bidadari. Kalau korang tak, baguslah tu masih ada iman, masih ada kesedaran.


“Jangan impikan isteri seindah Fatimah Az-zahra andai diri tidak sesempurna Saidina Ali.”

Lelaki ni, tugas korang membimbing kaum hawa, bukan menjahanamkan kami. Dah habis jahanamkan tiba-tiba bila sebut isteri idaman nak yang paling baik dan sempurna dalam dunia. Heyy cakap tu jangan macam k*ling. Sedar diri sikit dan ingat janji Allah, laki yang baik untuk perempuan yang baik dan macam tu juga sebaliknya. Nak perempuan baik, diri sendiri tu pun kena jadi baik juga.

Cinta itu suci, manusia yang mencemarinya.

Tapi tak boleh nak salahkan lelaki 100% sebab perempuan pun salah juga. Yang terkedek-kedek nak ikut lelaki buat benda yang salah tu buat apa? Konon tanda cinta bahagia, jadi korbankan segala-galanya untuk kau. Ingatlah, selagi tiada ikatan yang sah, lelaki dan perempuan tetap HARAM bersentuhan mahupun berdekat-dekat. Ingatlah nikmat yang dirasa itu hanyalah tipu daya syaitan semata-mata dan tidak berkekalan.


Kalau kita dah sedar salah dan silap tu, Alhamdulillah sebab Allah masih bagi petunjuk kat kita untuk kembali ke jalan yang betul, jadi jangan sia-siakan bisikan untuk berubah tu. Manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan, namun yang membezakan kita adalah kita hargai ke tak hidayah yang Allah bagi tu. Janganlah kata Allah tak bagi petunjuk sebab kadang-kadang tu manusia sendiri yang lagi suka buat dosa sebab best dan nikmat kan?

Lelaki ni cakap je pandai kan? Nak yang baik dan alim bagai, tapi apa yang dia inginkan bercanggah dengan pegangannya. Contohnya jelas korang duk terkejar-kejar berebut Lisa Surihani dan juga Hanis Zalikha (inilah yang aku perasan bila baca blog jejaka-jejaka Malaysia. Memang femes la 2 orang ni haa). Tapi suka hati koranglah, biasalah tu syok sendiri dengan artis comel-comel ni. Aku bukan nak kata mereka tu jahat ke hape. Tapi pilihan korang bercanggah dengan pegangan korang. Itu aja. Paham??? 

Cakap nak wanita piihan baik macam ustazah, pastu nasihat untuk gadis di luar sana, jadilah macam artis ini, dan ini dan ini (fikirlah sendiri - bukan artis 2 orang ni aje. mana-mana artis lah). Suruh dijadikan idola pula tu??!! Ni bukan aku reka. Cuma tak perlulah aku dedahkan siapa,siapa dan siapa orangnya. Sendiri buat sendiri tahu. Pelik betul aku......

Jangan la nak terus mengamuk ye!! Baiklah ini mungkin lumrah kita, menghargai apa yang cantik. Eh eh aku kat sini bukan nak jeles dengan mereka. Apa kejadahnya. Aku pun suka tengok perempuan cantik (tak dosa pun untuk aku), bukan bermaksud aku les. Lelaki cantik macam korea tu pun aku suka. Oppss. Keindahan Allah kita mesti hargai kan kan. Tapi jangan melebih-lebih sebab pandangan mata tu kena jaga jangan sampai terkena tusukan iblis.

Wahai perempuan pula, tuntutan menutup aurat itu bukan bermaksud cukup dengan hanya pakai kain atas kepala tu. Dan jangan ikut fesyen artis atau datin mana-mana yang jambul rambutnya tersembul sana sini. Nak tutup, tutup betul-betul. Dada tu pun kena tutup dengan rapi. Apa korang ingat tak ada kelass kalau tutup dada? Orang laki ni kalau boleh setiap inci badan perempuan dia nak scan. Suka lah tu sebab di scan??? Malu la sket cik adik sayang. Sebab tu tutup biar betul jangan tergantung sana sini bagi peluang kepada mereka. Berfesyen, fesyen juga tapi syariat Allah kena jagalah. Barulah tak ada masalah sosial yang melampau zaman sekarang ni.

Dah elok yang atas tertutup tapi bawah pakai legging, pakai lengan pendek, ketat gelimat? Apekehal weh??! Pakaian tu pun kena jaga, tak payah ketat-ketat sampai perut berlapis-lapis pun mau terkeluar dari baju. Ohh huduh! Kalau gitu huduh, tapi kalau kurus bukan bermakna boleh pakai. Nak macam tu tunggu la untuk suami sahaja jek senang. Benda yang ketat harus WAJIB dijauhi, pakai longgar-longgar baru selesa tak melekat-lekat. Alang-alang dah tutup kepala, biarlah satu badan sempurna.

Tak kisah lah laki ke perempuan. Sama-samalah kita sedarkan diri dan jaga diri masing-masing. Ohh pesanan untuk diri sendiri juga J

Sekian.

“Ya Allah, ampunkan dosaku & jauhkanlah aku dari perkara yang Engkau murkai”. 

p/s : aku sebenarnya fikir banyak kali nak post entry ni ke tak. Haha. Manelah tahu ada orang ngamuk tak tentu pasal. Takpa, ni kan blog aku, aku bebas meluahkan apa yang aku inginkan. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan ye. Minta maaf dulu jika ada yang terluka :)


20 comments:

Akimura24 said...

perempuan y baik utk lelaki y baik & sebaliknya. setuju2. =) btw, nice entry.

fara feroza said...

betuahnya wanita kalau semua lelaki berfikiran seperti ni..:)

MERAH said...

Sha Amane : Oh taw tape. tak dapat di dunia, pasti di akhirat sana. Itu janji Allah :)

FARA FEROZA : ohh lelaki bfiikiran bagaimanakah itu?keliru2~hihiks

Unknown said...

nice one lahh...heee..klau btudung kn lgi nmp omey:)

.::: Princess MOMOY :::. said...

nice post dear
memang kekadang kita tak sedar kita menuding jari pada org
hakikatnya...

momoy pun nak bertudung juga nanti. InsyALLAH


Peristiwa itu masih menhantui diriku...

ATTENTION Kawan-kawan: Blogger Ini DIKEHENDAKI

Beza Antara HARIMAU MALAYA Dengan HARIMAU MALAYSIA

Unknown said...

kan?

kakyongnida said...

setuju bangat..:))

bella YOYO said...

cayalah sis! hehe

MERAH said...

ECHAH MASHURI : hihik comey dan terjage. tapi kena tutup betul2 la :)

PRINCESS MOMOY : thank u :) sebab tu kite kena muhasabah diri.tgk blk ape salah dan silap kte yg kite xsdar. wahhh bgus2.semoga jadi kenyataan satu hari nanti. Amin~ :)

FERRY : ape plak dy ni tibe kan??kan?

NIDA HUSNA : hehe taw tae :)

BELLE : Percayalahhh.ohhh~

najwa's said...

hehehe nice entri ling :)

kay yea said...

setuju gak..em~ :)

ferry said...

betul la kan...

eh merah..bukan pasal header la..pasal ada wat entri untuk mak n merah ;p

MERAH said...

ohhh len kali tulih biar penuh.org mcm merah yg pending jak ni slow sket.hak3~

yer taw2 da ciap komen 1st lg tu.hihi :)

puteri ain said...

betul ! btw great entry :)
good :)

z.u.n.a.i.d.a said...

insyaalah akan cuba sedaya mungkin kerana tahu diri ini juga bersalah!

~nice sharing dear merah~

Unknown said...

setuju...

Anonymous said...

skew entry neyh . !! =)

jaya jr said...

tahniah berjaya post entri mcm ni..huhu

aizadalias said...

sebab golongan 'p' ni selalu menayang2 n menunjuk benda tu..kami bukan nak tengok sangat pun.. boleh mengugat keimanan..hehe ;p

merahitujambu said...

niceeeee