Mar 3, 2011

Aku nampak cacing terapung!

Assalamualaikum wbt

Korang pernah tak selama hidup ni rasa korang ada nampak ‘microorganism’ terapung-apung di udara? Rupa benda yang terapung tu seakan-akan ulat, cacing, berudu atau sperma gitu. Kalau ular besar sangat kot. Haha. Tak pun bentuk bulat-bulat je macam bintik. Haaa rasa diri sendiri begitu ajaib kerana dapat tengok benda macam tu? Waahh mata aku memang power! (atau aku je rasa macam tu? Haha)

Ok lah. Kalau korang tak pernah alami situasi seperti di atas memang satu kerugian. Haha gurau. Cuba perhati di dinding kosong akan nampak cacing kerawit tu. Kalau korang gerak biji mata, benda alah tu pon ikut sekali. Hurm kalau tak dapat juga tu memang aku tak boleh nak buat apa lah. 

Korang tengok je gambar di bawah ada la rupa cam mana keadaan ni. 

Floaters yang seakan-akan cacing dan ulat. Gambar Cik Google sebab kalau nak snap sendiri gambar sampai sudah tak boleh. Lainlah ada kamera sumbat dalam mata. Boleh kaa?

Sebenarnya kewujudan ulat-ulat terapung tu dikenali sebagai FLOATERS (dah nama pun terapung di udara). Benda ni wujud kerana adanya deposit / debris / sisa kekotoran / cell mati dsb di bahagian Vitreous Humour dalam mata kita. 

Itu dia Vitreous Humour dan kedudukan floaters.


Jadi mungkin yang tak pernah nampak selama hidupnya adalah kerana matanya sangat bersih, cellnya semua hidup dengan gembira tak mati-mati. Atau korang memang tak perasan lagi.

Aku tahu pasal ni pon berkat kena study untuk subjek Physiology tahun lepas. Rupanya aku bukan nampak microorganism. Baru ingat diri special. Hahahaha. Abaikan.

p/s : Jagalah mata anda baik-baik. Pemberian Allah itu jangan disiakan. Tundukkan pandangan :)



10 comments:

..bicara hati ke hati.. said...

ooo..ingatkan ade makhluk asing kat udara..hahah..bes bes..:)

lufkin said...

Ohh cool! dulu masa kecik aku ingat memang ada bakteria ke kat mata aku nampak cacing ni... sampah je rupanya, thx for the info.. =)

ferry said...

pernah jadi macam tu..ingatkan biasa je..mata kita memang special kan..boleh buat fokus, boleh kaburkan

10jarijemari said...

yes...saya pernah mengalaminya...lagi2 time termenng..pasti nampak...hehe~

teratai said...

mak pun pernah nampak, time kecik2 n time tua2 leni, heh,heh...

Puanbee said...

ada jugak nampak kekadang tu!

ferry said...

merah..mana gambar australia? buat la entri..

MERAH said...

ciptaan Allah memang unik, hargailah.
heheee.baguslah semua normal la gayenyee.hee.

FERRY: ohhh masalah skrg xpi mane2 pon.gi kelas je slalu,xkan nk letak gmbo lec hall.hihi.

ferry said...

letak je apa2..janji ada gambar dari sana..heheh

MERAH said...

sba na ferry.hehe xsmpat nk update pon.ok sebenarnya malas.haha.