Dec 15, 2010

Apa yang dekat sini ada, sana takda. Sini takda, sana ada?

SINI ADA SANA TAKDA

Famili – yang ni lah paling dirindui. Aku dah biasa duduk rumah, tak pernah duduk asrama ke apa ke. Apa-apa aku dah biasa cerita kat family aku terchenta. Jadi ni duk sangat jauh kadang-kadang rasa tak best la jugak kannn. Kat sini best, boleh jalan-jalan ngan family, gurau sama-sama, makan sama-sama dan tengok tv sama-sama pun aku da rasa seronok. Hee :D

Makanan – Biasalah dah nama pon orang Malaysia. Selera pon makanan sini la kan. Tekak ni rindu sokmo la nak makan itu, makan ini. Makanan halal pun susah nak cari. Haa siap buat list makanan untuk dimakan lagi tu.haha. Kalau dah teringin sangat tu terpaksa la google resepi bantai sendiri buat. Hukhukhuk (T.T)

Paip air – Seronoknya kat sini paip air ada dalam toilet senang nak buat projek. Ni tak kalau kat sana nak kena bawa botol air laa. Pastu isi air lagi. Botol air pula tak muat nak masuk dalam sink tu. Mat saleh tengok pelik napa isi air kat situ. Huuu. Leceh tahu?

Peluh – Fuhh. Duduk kat sini jalan 2 minit dah berpeluh. Sihat sikit rasa walaupun melekit-lekit badan. Kalau kat sana nuh, kau kayuh basikal lagi laju dari kereta pon tak berpeluh-peluh lagi. Tapi ok gak gitu kan??hehe~
  
Surau/ Masjid – ha kat sini confirm masjid atau surau atau tempat solat atau musolla atau apa-apa je lah yang sama makna ada merata-rata ceruk. Senang kalau kat luar tu nak solat. Jadi kita sepatutnya menghargai kemudahan ini. Tak ada sebab kan nak tinggalkan solat suka-suka hati kau jek. Kalau kat sana nuh, memang mencabar la. Tapi cam tak kisah sangat sebab orang kat sana tak ada la nak tengok kita pelik kalau kita solat kat tepi padang ke, pantai ke mahupun tepi tangga. (Walaupun agak pelik la kan. Apa-apa pon solat tuh kan WAJIB!)

Bantal golek (bolster) – aku tak tahu kenapa orang sana tak guna bantal golek ke apa? Aku nak cari kat sana punya susah, last-last aku beli bantal yang panjang lebih kurang lengan aku jek untuk menggantikan batal golek ni. Kat sini aku boleh peluk bantal golek puas-puas walaupun masa aku balik bantal aku hilang!! Tak kira, aku ambil adik aku punya jugak! Nak!!!!

Cerita ada subtitle – aku ni dah la slow kalau nak faham cerita English lagi-lagi tak ada subtitle. Jadi lagi best kalau aku tengok cerita dekat laptop, boleh download subtitle. Baru puas hati. Hehe. Tak macam kat Malaysia, cerita melayu pun ada subtitle, kan senang tu. hohoo.


SANA ADA SINI TAKDA

Baju ikut musim – Haaa sebab kat sana 4 musim, jadi bajunya pun ikot musim lah. Warna-warna baju pun ikot musim, masa winter baju semua berwarna kusam-kusam dan aku sungguh la tak berkenan. Tapi masa spring memang cantik la bajunya, berwarna-warni. Tapi apa salahnya kalau winter coat pun korang buat warna yang ada warna sikit. Baru best tau. Ceria sikit. Haaa. Bila dah masuk summer, terdedah la sana sini. Seksi meksi semua, tak macam masa winter semua hampir tutup aurat. Heee J

Mementingkan pedestrian – kat sana kalau kita jalan kaki, semua kereta berhenti. Dari jauh dah bawa kereta slow-slow.  Bukan macam kat sini makin nak pecut jadinya. Almaklumlah kat sana kereta bergerak pun 60kmh je pun. Hehe.

Minum air paip – kat sana air paip dia semua ditapis bersih-bersih jadi boleh terus minum tanpa ragu-ragu, insyaAllah. Jadi biasa kami ambil je gelas tadah bawah paip dan minum, tapi tak boleh la pula buat kat sini, nanti tak pasal-pasal sakit perut.
 
Orang mabuk – dah nama pun negara orang putih kan mesti la ada orang mabuknya terutama malam hari jumaat dan sabtu. Atau orang panggil FRIDAY/SATURDAY NIGHT. Masa tu la macam wajib pergi clubbing ni. Tua ke muda ke, cantik ke huduh ke, kaya ke miskin ke tetap kena berjoli malam tu. Haaaa gaya macam ni ke muda mudi Malaysia nak ikot??? Ingat ada kelas sangat??? Pirahhhh~ Nama je Islam, buat malu je tahu kalau macam ni!

Internet yang sangat laju – hihi ni yang best ni memang laju gila la internet dia. Zupppp.zupppp. kau tekan je sesaat pastu dah keluar. Mungkin la tak sesaat, mungkin 2 saat kut. Haaaa nak tengok cerita online pun laju jek, kecuali la pada hujung bulan jadi slow macam siput sebab dah abis quota. Tuh la siapa suruh tengok cerita tak ingat dunia!

Kedai tutup pukul 5 – haaa kat sini ada ke semua kedai tutup pukul 5??? Sana je ada tau spesel gilaa. Malam-malam sunyi sepi city sebab kedai dah tutup. Aku sakit hati kadang-kadang kedai tutup awl sangat ni. Tak puas lagi nak shopping, speaker dia da berbunyi nak tutup. Tutup la pukul 7 ke. 8 ke. 9 ke. Lewat la sikit. Podaahhh~


Ni je yang aku sempat catat  dan terlintas di benak fikiran ku. Kalau ada lagi akan ku tambah di masa akan datang. Yehaaa! Assalamualaikum~

2 comments:

namia said...

ak x dop dlm list ker??/
ahahahhaha
x)

MERAH said...

haha.xde2~
lalalala~