Dec 12, 2010

IDEA PRANK BIRTHDAY MEMBER


Haha tajuk pun dah jahat. Baiklah sebenarnya saja nak catat idea-idea yang pernah terlintas dalam kepala otak aku untuk meraikan kawan-kawan yang menyambut hari lahir mereka. Chewahhh meraikan konon.

Ni antara idea yang aku boleh fikirkan. Kalau ada lagi idea lain boleh la kongsi yaa. Baiklah mari kita mulakan:

1. Tepung. Ni biasa orang buat. Sebab mudah nak dapat dan tak banyak songeh untuk menguruskannya. Baling je kat tuan punya birthday, maka sangat bahagia la rasa hati orang yang membaling. PUAS. Haha.

2. Telur. Ini pon sedap lagi-lagi kalau telur tu terus penyekkan ke badan si penyambut birthday. PREKKKK bunyinya saat telur itu pecah dan meleleh-leleh dibelakangnya. Yang ni pun susah nak tanggal maka baju harus direndam lama kerana telur tu kering dan sebati dengan fabrik.haha. Tapi sayanglah guna telur. MEMBAZIR. Telur dah la mahal sekarang. Huks.

3. Tepung & telur. Ini adalah gandingan yang paling serasi untuk membuatkan kawan anda berbau macam adunan kek @ roti. Tambah air nak bagi lg umphhh~hahaha:DD

4. Air. Haa yang ni jirus je air kat kengkawan. Tak pun celebrate la kat pantai. Terus humban dalam laut kan senang. Biar dia basah kuyup. Nak lagi seronok beli la belon air tu. Campur sekali dalam tu segala jenis sos/ kicap/ apa-apalah. Boleh main baling-baling. Masa tu kesian la kat birthday boy/girl sebab diserang orang ramai-ramai tapi dia tak boleh balas. Ahhahaha. Kecuali kalau ada belon yang tak pecah. Matilahhhhh.

5. Aiskrim. Beli lah aiskrim paling murah. Buat konon-konon nak belanja makan. Masa dia da nak touching tu sapu aiskrim kat muka dia. Kan senang tu dapat masker free.

6. Kek yang ada banyak aising. Membazir..membazir...baik bagi aku makan.  Sayang kek lawa-lawa dijadikan korban. Wuuu~

7. Tangan bekas makan tak basuh lagi. Yang ni cara paling murah sekali. Barangkali free kut. Semasa tengah makan bersama rakan-rakan, sebelum basuh tangan tu, leset dulu pada muka atau apa-apa aja lah yang boleh dicapai. Nak lagi best kat tangan tu sapulah sedikit sos. Hoho.

8. Air Sampah. Haha. Ok. Ni paling pengotor, menjijikkan, menggelikan, memualkan dan seangkatan dengannya. Tapi apa salahnya, sekali setahun je kan??? hehe. Tapi tak sanggup aku XP

9. Jadi hantu. Yang ni lagi berkesan untuk member yang takut hantu. Ambil la kain putih dan balut lah badan anda. Pastu jalan-jalan tepi koridor / pintu / tingkap dsb. Tapi berhati-hati takut anda yang menjadi hantu terjumpa sama ‘spesies’ seperti anda. HAHA.


PERHATIAN!!
Setelah anda melakukan aksi-aksi di atas untuk meraikan penyambut birthday, sila lari laju-laju selaju mungkin untuk mengelakkan ditangkap oleh si penyambut birthday atau pak guard di kawasan itu :D

ps 1: Kebanyakan yang aku tulis ni aku dah pernah alami. Cuma ada la beberapa idea yang belum di pakai.
ps 2: Lepas tu jangan lupa minta maaf pada birthday boy/girl. Mane tahu dia marah kan. Hehe :)


2 comments:

T-Ch3R Mya said...

Yang laen blh trime lg tp bab air sampah mmg takleh blah! sggh sadis dan kejam...hahaha baik bg air loji jamban jer.... lebih kurg jer bau :p

MERAH said...

haha.tuh laa.tapi dah penah ade kes orang kne gni.
drpd cite kawan2 laa.dyorg ciap campur macam2 lg dalam air sampah tuu.ewww.hehe :D