Feb 11, 2011

Usah biarkan PERASAAN itu berlalu pergi.

Assalamualaikum wbt.


Pernahkah korang semua rasa PERASAAN seronoknya dilamun cinta? Bahagianya ketika pasangan mengucapkan kata-kata cinta dan memujimu sehinggakan mulut bau petai pun kata wangi? Perasaan yang didambakan oleh setiap pasangan yang hot bercinta. Madah-madah cinta setiap saat ke udara untuk menyatakan betapa sayang dan kasihnya kepada si dia. I LOVE YOU sampai mati. Memang indah dan manis. Tersangat manis. 

Namun bukan selamanya semanis itu. Tiba-tiba masuk paper ada remaja bunuh diri kerana CINTA. Kerana ditinggalkan KEKASIH. Ohhhh begitu ‘bermakna’ hidup si mati sehingga sanggup berkorban nyawa demi cintanya. Lupakah dia akan Dia yang Esa?

Opppsss. Entri kali ni aku bukan nak cakap pasal PERASAAN – PERASAAN cinta ini yang dah ternyata korang semua lebih tahu dan mahir. Kali ini mengenai PERASAAN kecil dan halus yang mencucuk-cucuk hati kita tanpa kita sedari. Hati ini adalah satu organ yang paling susah nak di jaga. Bukan senang nak tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam hati ni. Luaran kita seolah-olah ikhlas melakukan  sesuatu, namun hanya hati sahaja yang tahu seikhlas mana kelakuan kita.

“Ketahuilah, di dalam tubuh itu ada segumpal daging. Bila ia baik maka baik pulalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh tubuh. Ketahuilah itu adalah hati.”(HR Bukhari dan Muslim)

PERASAAN yang ingin aku kongsi di sini ialah PERASAAN yang boleh menyucikan hati kita (bukan perasaan cinta sesame manusia tu, silap-silap boleh mehitamlegamkan hati). 

Pernah tak korang rasa bersalah jika terlanggar suruhan Allah? Atau sengaja langgar? Ada seperti suatu bisikan yang buat kita rasa berdosa je dengan kelakuan kita. Benda yang kita tahu asal nya memang salah dan HARAM, tetapi kerana ikutan hawa nafsu kita TERlakukannya. PERASAAN ini seolah-olah desakan untuk berubah, namun ada sesuatu yang menghalang kita.

Situasi 1 : Tak bertudung. Ada rasa untuk menutup kepala ku ini (tutup dada sekali lah!!). Ada terdetik sekali sekala di hati kecil ini. Ahhhh tapelah tunggu bila aku bersedia (bila?bila?bila rambut dah jadi putih?). Tunggu bila hidayah Allah itu sampai kepadaku.

Situasi 2 : Biasa melewat-lewatkan solat. Pernah teringin nak solat awal. Bila masuk waktu, terlupa sudah keinginan itu dan diabaikan terus. Makin lama makin lewat. Tiba-tiba tertinggal solat. Ohh tapelah QADA je.

Situasi 3 : Aku tidak solat. Ada keinginan untuk solat. Tapi tak reti. Aku rasa seperti sesat (memang pun). Ehh tapi..keluarga aku pun tak solat. Jadi tape lah kan? Nanti-nantilah fikir.

Situasi 4 : Keluar dengan kekasih hati. Si lelaki pegang tangan aku. Aku serba salah. Balik rumah perasaan bersalah menerjah-nerjah. Tensen gila. Abaikan je lah nanti hilanglah perasaan ni. Pegang tangan je pon (%!@!!*&%#!!!)

Situasi 5 : Aku buat kerja HARAM. Haih. Sampai bila aku nak macam ni. Berdosa rasa tapi apekan dayaaa (aku muda lagi tapi nak cepat kaya)....

Baiklah, kalau nak senarai contoh sampai bila-bila tak sudah. Keadaanya secara general adalah kita buat dosa dan apa kita rasa selepas itu. Kita manusia memang banyak buat silap. Aku sendiri selalu menghadapi situasi ini (ampunkan aku, bimbinglah aku ya Allah). Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah swt untuk merasa nikmat PERASAAN ini.



Getaran dan detikan di hati untuk perubahan itu sebenarnya janganlah diabaikan. Hanya bisikan syaitan yang mengatakan untuk tunggu dahulu (tunggu sampai bila?kalau esok kau mati camne?), tak payah buatlah dan macam-macam lagi halangan lain. Tidak cukupkah dengan PERASAAN yang Allah tiupkan secara halus itu untuk kita hargai? Jangan jadikan alasan Hidayah Allah tak sampai-sampai lagi kalau kau sendiri tidak hargai PERASAAN itu.

Sesungguhnya iman seseorang itu tidak dapat diwarisi. Ada ke ayah yang alim pasti akan mendapat anak yang cukup lengkap ilmu agamanya? InsyaAllah boleh, dengan didikan agama yang sempurna. Namun, jika dari keluarga yang ilmu agamanya pun cukup-cukup untuk pass exam, adakah bermakna sampai disitu sahaja ilmu yang perlu kau dalami? Mak tak pakai tudung, jadi itu adalah halangan untuk si anak bertudung? Ayah tak solat jadi semua satu rumah tak payah solat. Itu semua point-point yang syaitan guna untuk menghentikan usaha mulia manusia. Jadi sila abaikan bisikan itu sekeras-kerasnya.

Bila seseorang tu buat dosa, terbit suatu rasa bersalah dan kemurungan kerana fikir "aku telah buat dosa", itu bermaksud masih ada cebisan iman dalam diri. Jadi sebab itu tak boleh diabaikan rasa bersalah itu, takut hilang terus iman tu. Ada paham? Kehadiran bisikan untuk tingkatkan semula IMAN itu jangan sesekali diabaikan. Iman kan turun naik. Masa dia tengah turun kerana kita buat dosa tu lah kita mula rasa bersalah, berdosa, jijik, hina dan seangkatan dengannya. Oleh itu, apabila kita tidak abaikan PERASAAN itu, kita akan cuba berubah mengikit kehendak PERASAAN agar keimanan kita dapat ditingkatkan lagi, InsyaAllah. Kalau diabaikan maka makin turunlah ia sehingga mungkin mencapai 0 (tak ada iman dah!!)

Ohhh tak nak jadi seperti ini!

Jika ada perkara yang kita rasa WAJIB untuk kita tinggalkan, jadi jangan berlengah lagi. PERASAAN untuk berubah itu haruslah dihargai. Jangan sampai Allah tarik semula perasaan itu maka dalam kesesatanlah selama-lamanya. PERASAAN ini adalah anugerah dan petunjuk dari Allah untuk hambaNya. Sucikan hati dengan pembacaan al-Quran kerana dari situlah dapat membuatkan hati tenang (seriously!).


Tekadlah dengan perubahan dan bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Mohon perlindungan dengan Allah (doa tu paling berguna walau apa jua urusan). InsyaAllah dari situ kita dapat merasai kemanisan iman yang tiada tandingannya walaupun dengan PERASAAN cinta sesama manusia yang begitu kita agungkan (ish ish ish). Sekian.




25 comments:

Unknown said...

panjangnya merah buat karangan...nanti la baca

MERAH said...

hehe.karangan ni pendek jek lah!karangan renungan bersama.hee :)
baca taw!

Unknown said...

ok tengah baca ni..nak jemput merah jadi penulis artikel blog ferry..nak?

MERAH said...

haa bagaimanakah itu?blog ferry, ferry la tulissss.hehe :)

Unknown said...

amboi..saja je offer..kalau taknak takpe

MERAH said...

hehe sebenarnya kurang mengerti.nak tulis artikel ape?

Unknown said...

apa2 je..yang berinfo dan panjang..hehe

Unknown said...

tak nak buat lagi.

kindergartenlibrary said...

terasa pula ..thanks ..
=)

teratai said...

berblogging boleh juga melalaikan~cara terkini iblis gunakan utk menjahanamkan umat Muhamad (s.a.w)

MERAH said...

FERRY : yg ni berinfo dan pjg x?hehe

AKU FOBIA : tak nak buat lg ape tuuu.haa.

NELLY : hehe.terase tu mknenye kita sedar.tape,ad masa blh diubah lg :)

TERATAI : ohhh ape2 pun sebenarnya boleh melalaikan jika terlalu obses dgn sesuatu itu.besederhanalah dalam apa jua perkara.

Mahfuzah Husna Zulkifli said...

Good post MERAH! Adik2 lelaki fuzah pun asyik bising je tgk perempuan pakai tudung atas dada, bertudung tp berlengan pendek. Kita tetap tadah telinga dengar diorang membebel & slow talk dgn diorang.

>Tudung tu diselempang sebab gulai tertumpah kot. Baju jadi lengan pendek sbb terbakar dek iron. Sayang nak buang, kerat je bahagian lengan tu. Fuzah pesan kat adik2 lelaki fuzah, jangan mencemuh saja, tapi doakan golongan ni berubah :)

Insyaallah...

Puan Anim said...

ade betul nye jgk..tkena btg idung sndiri...kat yg melengah2kan wktu slt..hihihihi

Unknown said...

(tengok kirikanan.)entah.hee.

Unknown said...

mantap dan bermanfaat!

nurul rasya said...

betul!
iman tak dapat diwarisi

Cik Pulau said...

moga2 mereka sume dikurniakan hidayah oleh Allah.. ^^,

ibu qaleesya said...

susah nak tafsir perasaan dik..

hanya ALLAH S.W.T yang tahu. salam ukhwah.. folo

z.u.n.a.i.d.a said...

wah..dasat n3 merah ni..
same goes to me nelly..
terasa gak sedikit..!!
hehehehehe

MERAH said...

MAHFUZAH : thanks,sekadar bkongsi. ohhh itulah orang lelaki pun boleh bertanya kenapa kita org perempuan ni blh mnutup aurat ttapi tidak lgkap.malu2.hehe alasan yg Mahfuzah bg tu buat sy gelak.hee.

itulah kita hanya boleh nasihat dan bdoa, tapi keputusannya ttp org itu sendiri. sayang kalau tgk perempuan yg dak cantik molek da tapi auratnya masih tdedah walaupun telah btudung. syg2~ harap2 kita semua tidak tergolong dlm gol itu insyaAllah :)

MERAH said...

CIK ANIMOB : hehe biasalah kita manusia biasa. selalu kena cek tahap iman ni. yg tersedar Alhamdulillah, sebab tu jgn sia2kan kesedaran itu. kalau tak, amat2 lah rugi! :)

MERAH said...

AKU FOBIA : haha muskil2~

FERYY : Alhamdulillah, ni pun sekadar berkongsi apa yg tlintas di hati. kita manusia ni kdg2 xsdar pun peluang yg ada.

SHE'S RETARDED : haa taw tape!usaha sendiri nak syurga ke tak. hee :D

CIK PULAU : INSYAALLAH, kita pun semua sentiasa dikurniakan petunjuk Ilahi :)

BUN_NEE : SALAM PERKENALAN :)

perasaan itu bukan payah nak ditafsir, cuma kita ni yang terlalu banyak fikir ke benda lain. tak sedar yang kita sebenarnya telah diberikan petunjuk. kadang2 Allah dah tiupkan rasa untuk berubah itu, tapi kita lebih mudah terpedaya dengan bisikan syaitan maka dibiarkan saja perasaan itu. sia2 kan. jadi minta2 lah kita semua dijauhkan dari kemurkaan Allah dan sentiasa diberikan petunjuk olehNya, insyaAllah :)

MERAH said...

KAK ZUE : hehe apelah yg dasatnyeee.heee.sekadar bkongsi ilmu yg ciput ini.haaa.tape2 sy sniri pon trase ngn apa sy tulis ni.masih dlm proses menyempurnakan diri dan iman sampailah ke akhir hayat, insyaAllah :)

Rhea said...

terbaik lah post ni :) insyaAllah akan dimanfaatkan.

nollyfyenee said...

salam..minta izin copy boleh?terbaik punya entry