Feb 22, 2011

Aku tak reti ikat reben

Assalamualaikum wbt.

Hari ni aku dah start megemas sedikit demi sedikit. Walaupun berat je tangan nak buat semua benda. Oleh sebab terlalu tak nak balik, baju pun aku main letak jek dalam beg. Tengok lah nanti mesti kena susun balik, maklumlah sebenarnya beribu-riban barang aku nak angkut pergi sana.

Ya, semuanya PERLU!hehe :)

Tengah pilih-pilih baju nak bawa balik tu, teringatlah aku pada gloves yang aku bawa balik sini. Saja lah bawa balik, walaupun aku tahu tak de orang pakai gloves kat Malaysia ni, kecuali pi main ice skating (wuuu bila entah lagi boleh gi ice skating). Aku cari-cari lah gloves tu dalam lambakan baju aku. Ditindih-tindihnya mereka sepasang di situ. Kat gloves tu ada seketul reben yang comel. Tapi yang sebelah tu, reben dia dah tercabut sikit ikatannya tapi masih terlekat di glove. Tu yang susah tu.

Aku pun cuba lah membaikinya. Simpul sana, tak jadi, simpul sini tak juga jadi. Benda ni lagi susah sebab sepatutnya kalau dah siap simpul, ada seketul berlian plastik kat atas reben tu. Puaslah tangan aku nak menyimpulnya. TAK JADI JUGA!



Aku pun saja minta ayah aku cuba buat. Manalah tahu kut-kut jadi kan. Lama sikit pastu, ayah aku baling glove tu ke aku. Waaahhhhh!!! Rupanya tak jadi juga. Aku ingatkan dah boleh dah ikat reben tu. TAK JUGA. Hehehe. Like daughter like father.

Tetiba adik aku, WANI ambil glove tu dari aku. Aku masa tu malas dah nak mencuba. Memang tak dapat dengan jayanya. Tapi tup-tup adik aku tu dapat ikat dengan cunnya. Wahaha excited kejap aku. Pastu dia dengan selamba badaknya kata, "haa tulah Wani belajar ERT (ekonomi rumah tangga)". Ok Fine. Nak buat macam mana, kami yang lain ambil PK dan KT untuk KH. Tak reti nak ikat reben. HAHAHA. 

comel kan? kan???!!

Mak aku kata baguslah ada kepelbagaian dalam rumah ni. Syukur alhamdulillah. Sorang tak reti atles yang lain reti, ye dak? Huhu. Walaupun sebenarnya dalam ERT tak ada pun belajar cara ikat reben. Haha.

p/s 1 : Wehh eja diikat tuh dekat ye kanak-kanak. Nanti kang cikgu BM marah aku. Aku malas nak baiki.
p/s 2 : Pelik sebenarnya sebut reben banyak-banyak kali. REBEN.



5 comments:

♥cik cahya♥ said...

dulu pun cahya xreti. tp mama slalu ajar smpi dpt. snggup beli kasut sekolah bertali tuk buat reben. wlupun bru sekolah tadika -___- , tpi skrg da taw. hehe ;D

comey la glove tu. wrna purple :)

MERAH said...

haa itulah.susah sebenarnya nak ikat reben ni dengan sempurna.asik senget menyenget jek.it needs skill.ceewaahhh padahal tak reti.haha.

hehe thanks!pink purplee :)

V!0L3t BLU3 said...

haha..
Violet pon ambik ERT gak mase skolah dulu..
tp, smpai skrg kalo ikat reben mesti senget..
sungguh la Violet xde bakat dlm kerje2 tgn nieyh..
haha~

Aretikz said...

Amek ERT juga ni, haha.. tp time f1, pindah sekolah time f2 terus tukar KMT, hehe..

MERAH said...

V!OL3t BLU3 : haha tu lah.ikat reben yang stret n kemas tu ssh senanye kalau xkena cara.tape2 yg pntg cubaaa.hehe :)

ARETIKZ : haha bes ape balaj ERT ;P