Jul 9, 2011

Solat & Maksiat : Bila nak settle?

Assalamualaikum wbt


Guane ni, solat, solat dah tapi maksiat pun buat juga? (Jangan fikir maksiat tu zina je, zina je maksiat. Maksiat tu luas). Dua perkara yang bertentangan berlaku di dalam satu masa. Pernah tak terfikir macam mana boleh terjadi macam ni sedangkan firman Allah:

“Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (29:45)

Solat, sudah. Tapi kemungkaran tak tercegah juga. Makin bertambah ada.

·         Bercerita pasal keburukan orang lain (mengumpat la tu) bertambah rancak
·         Dengki sesama manusia semakin membuak-buak, sanggup tabur fitnah, nak lagi umphh guna BOMOH.
·         Menyakitkan hati orang lain dengan perangai buruk yang tak nak diubah
·         Sombong, rasa diri best sangat
·         Bergaul bebas lelaki perempuan (bertepuk tampar dengan riang)
·         Tidak menutup aurat dengan SEMPURNA
·         Lebih sukakan hiburan, bergelak ketawa dari beribadat
·         Tak hormat orang lain, mak ayah sendiri pun buat macam orang gaji kat rumah
·         Merokok dari sekotak bertambah jadi 5 kotak.
·         Buang sampah merata-rata (Bumi Allah nak kita makmurkan, bukan cemarkan)
·         Banyak lagilah dsb

Sedar tak sedar benda ni semualah yang berlaku di sekeliling kita. Kemungkaran dianggap sebahagian daripada kehidupan. Kita pun tidak terlepas dari TERbuat benda yang sama. Nak buat macam mana inilah manusia. Sedar silap tapi tak buat apa-apa. Ruginyalah (T.T). Kalau sedar, cepat-cepatlah istigfar dan kembali ke jalan yang benar kerana memang betul, manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan.


So, selama ni solat yang tonggang-tonggek ekspress macam bullet train tak membari impak kepada iman lah kan? Sia-sia je solat. Penat tonggang-tonggek dengan laju.

Tulah rugi sebab bila solat
·         tak kusyuk (fikir jap lagi aku nak pakai baju purple lah, calit lipstick biru, rasa nak free hair letak sepit bunga pula hari ni blablabla)
·         bacaan salah (tajwid mana? Makhraj mana? Main langgar je)
·         tak ikhlas (kawan buat aku buat, mak suruh baru buat)
·         tak buat dengan hati, hanya buat guna fizikal (tu yang laju semacam)
·         tapi still buat maksiat, kemungkaran.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".

Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Astagfirullah. Takut kan.

Jadi macam mana ni? Kena tinggalkan maksiat dulu baru solat diterima, barulah dapat cegah kita dari perbuatan mungkar?

Atau kena solat sesempurna mungkin barulah dapat cegah kita dari perbuatan mungkar? Tapi...

“Kau solat tetapi baju ketat, rambut karat? lepas solat aurat semua terbuka macam mana tu?”
“Tapi aku solat la juga dari tak solat”
“Tapi..”
“Ahh tak payah la sibuk nak suruh aku pakai tudung la itu la ini la, yang penting hati baik. Allah je yang tahu solat siapa Dia terima”
“Tapi sekarang perbuatan mungkar kau tetap berterusan bukankah bermakna solat kau tidak diterima? Kerana solat itu tidak dapat memelihara keimanan kau sendiri. Mana kau tahu hati kau baik sedangkan suruhan Allah pun kau main langgar je? Bukankah begitu???”

Pikir-pikir kejap. Baju ketat, lengan pendek, tudung singkat kalau yang bertudung, aurat yang hanya dibalut. Sesudah solat, sambung keluar dating. Pakwe tunggu kat luar surau, dah keluar tu terus sambut tangan pakwe. Macam mana tu?!! Tolong fikir sejenak. Tolonglah.


Berkata Abu al-‘Aliyah (seorang ulama tabiin): “Solat mengandungi tiga perkara. Setiap solat yang tidak memiliki salah satu daripada ketiga-tiganya maka ia bukanlah solat, iaitu ikhlas, takut dan mengingati Allah. Ikhlas akan memerintahkannya ke arah kebaikan, takut akan menahannya daripada kemungkaran dan mengingati Allah (dengan al-Quran) akan memberitahunya perintah dan larangan.

Solat dan mencegah perkara mungkar haruslah dilakukan seiringan. Bukannya macam kita sekarang ni. Solat tapi riba meleret. Solat tapi rasuah bawah meja. Solat tapi dating tepi tasik lentok-lentok kepala. Solat tapi pura-pura baik. Lagi tak tahan, solat untuk menunjuk akulah paling alim di atas dunia.



Fahami makna dalam solat dan cuba untuk ikhlas dan kusyuk. Memang payah. Nak ganjaran yang baik mestilah banyak dugaan, syaitan menghasut je kerjanya (dah itu janjinya nak menyesatkan manusia). Yang penting cuba. Mohon pada Allah, doa.

“Ya Allah kurniakanlah aku lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu”

Yang penting nak ke tak? Kalau nak, Allah mesti tolong J







9 comments:

Cik Jingga said...

blog ni smart lah..kaler merah..suka2.. sangat CUTE..serius...... btw entry ni mmg sngt betul..bnyka kes jadi hrni..org dah makin 'maju' wpun blajar tnggi2..

sea_lavender said...

Alhamdulillah..sye membaca perkongsian ini.. Ya Allah takut sekali dgn sume ni...Ya Allah Ampunkan dosa2 kami...biarla segala amalan yg kami lakukan benar2 ikhlas kerana-Mu...

MERAH said...

Cik Jingga : eh biase2 je ni, pepon terima kasih. tulah setinggi mana pun kedudukan di dunia, akhirat tu ttp kena jage. same2 lah kita jaga biar seimbang :)

SEA_LAVENDER: amin, semoga Allah sentiasa membimbing kita :)

Srikandi Al-Azwar said...

Assalamualaikum..alhamdulillah..baguskupasan tajuk ni, moga insan2 yang membaca semuanya lembut hati utk menerima ketukan hidayah dari Allah..(",)

teratai said...

terima kasih kerana mengingatkan...hrp2 dpt dijadikan amalan,insyaAllah:)

MERAH said...

Srikandi Al-Azwar : Waalaikumussalam :) terimakasih, insyaAllah, yg penting kena buka hati utk menerima petunjuk dariNya.

Teratai : sama2 :)mudah-mudahan begitulahnyee :D

farhana aka isteri fakri said...

a'salam..
suke la blog ni.n3 ni byk nsht & pnduan...

kinaRmaya said...

sukeee :)

Ct Aja said...

Ya Allah....rendahnya diri rasa...terfikir seketika...terima kasih sebab menyedarkan....