Aug 26, 2011

Solat berdendangkan bunyi disko

Assalamualaikum wbt

Duduk negara orang yang majoritinya bukan penduduk Islam inilah yang terpaksa aku lalui. Mana mungkin ini di negara sendiri, silap-silap boleh kena pelekong dengan helmet kalau ada yang tak reti bahasa memekik memasang muzik dengan kuat, mengganggu orang di sekeliling.

Tahun ni Alhamdulillah banyak jemputan iftar beramai-ramai aku hadiri. Makanan yang disediakan tak yah cakaplah memang gempak, sebab semua makanan aku tak pernah makan. Huhu. Bertempatkan sebuah café yang dialih segala meja kerusi, diganti dengan lembaran-lembaran kain untuk menjadi tempat sujud kami, di situlah kisah bermula.

Pinjam kejap gambo ni.

Café yang terletak di tingkat paling atas (tingkat 6 – aku tak naik guna tangga, guna lift laaa.huhu), yang bawahnya (tingkat 4 & 5 tak silap aku) terletaknya sebuah bar/club untuk pelajar di situ mungkin? Ini adalah bangunan universiti ye, BANGUNAN YANG TERDAPAT DI DALAM SEBUAH UNIVERSITI DI SINI.

Tengah feeling bacaan imam yang lunak merdu dalam solat Isyak tak sedarlah bunyi muzik dari bar tu. Berhenti je suara imam, bunyi lain masuk ke telinga. Apa aku salah dengar ke? Rancak semacam. Astagfirullah baru aku teringat bawah ni bar. Begitu berbezanya keadaan sekarang, satu keadaan di mana manusia sedang khusyuk melaksanakan perintah Allah manakala lagi satu keadaan di mana kucar kacirnya aqidah manusia sedang berseronok tak ingat tuhan.

Dah selesa solat terawih yang aku cuba sedaya upaya untuk fokus, aku dan housemates pun nak balik rumah. Haa guna tangga ni tau, guna tangga! Haha senang la sebab turun bukannya naik. Turun punya turun bau tak yah cakap la. Bau macam yis tu, lagi kuat. Masam uweekk uweekkk. Itu lah bau arak. Busuk pening rasa nak muntah. Tahan je lah. Jadi cepat-cepat aku turun dan akhirnya balik ke rumah dengan jayanya.

Setiap orang pengalamannya mesti lain-lain. Banyak pengajaran yang boleh di ambil dari apa yang kita hadapi seharian. Kalau di Malaysia, nikmat kemudahan tempat solat (masjid / surau) itu sering dipandang sebelah mata. Yela dah mudah dapat selang beberapa kilometer mesti ada. Tu pun masih ada yang tak nak solat, padahal masa tu dah berdiri depan masjid/surau/musolla. Tak perlu susah-susah nak kena sewa tempat yang lokasinya pula tak berapa nak strategik. Tarbiah sebenarnya, tarbiah supaya diri lebih tekun dan sabar dalam melaksanakan perintah Allah. Tak adalah mudah putus asa, guna alasan: sini tak ada tempat solat la, skip je laa solat, darurat ni. Pehhhh suka hati kau je.



Akhir kata, dah nak habis Ramadan dah capai ke sesuatu yang baru dalam hidup? Apa yang kita dapat sepanjang sebulan ni? Rasa mudah nak solat diawal waktu? Kekalkan. Rasa dah semakin lancar mengaji? Teruskan. Keinginan untk terus menutup aurat membuak-buak? Realisasikan. Dapat baju raya baru? Eeehhhhh?





3 comments:

Unknown said...

adoi dunia2 huk3x sbo jela..

teratai said...

lain padang lain belalang, tapi hrp2 'belalang' kita ini tak terpengaruh dgn budaya yg meruntuhkan iman ini..nauzubillah!

Selamat hari raya..jgn lupa pakai baju baru...:)

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

hadeh la macam macam lah sekarang ye