Dec 29, 2010

Ohhhh peningnya kepala aku!

Assalamualaikum wbt & haluuu..

Seharian ni kepala aku rasa berat semacam kena hempap batu apa. Urat kepala aku tegang semacam dan mata aku ‘setim’ je gaya. Peningnya kepala aku rasa. Tapi ni bukan jenis sakit kepala yang berdenyut-denyut tu yang biasa buat aku rasa nak buka kepala dan rendam dalam air sambil cuci karat-karat celah otak yang buat kepala aku berdenyut-denyut. Ouch!!



Tapi pening ni buat aku tak boleh focus lama. Rasa berat je kepala aku dan urat leher tegang. Adakan aku ada darah tinggi hari ni??? Oh tidak!! Hihi. Tapi bila aku tersadai atas sofa beralaskan bantal yang lembut aku rasa sungguh lega, best dan bahagia. Tiba-tiba iklan Cheezy Zinger Crunch keluar, membuatkan aku tak keruan semula. Haha. Sedapnya nampak benda alah ni. Redha jek la aku.

nak!!nak!! ~dari Mr Google kemudian diproses di PS~

OKAY. Kembali semula kepada topik utama. Jangan tenung gambar atas lama-lama. Kenapa ya aku sakit kepala ni? Apakah sebabnya? Aku nak cuba diagnose diri aku sendiri menggunakan ilmu yang aku dapat, tapi nampak gayanya aku masih pharmacist yang tak bertauliah. Yang aku belajar, ada 3 jenis sakit kepala (headache) ni iaitu : Cluster headache, Tension headache & Migraine. Maksud sharp throbbing pain pun aku kurang pasti macam mana, tapi mungkin berdenyut-denyut tu yang dimaksudkan ek? Aku punya kali ni dull pain kut. Hoho.

Mari cek sebab apa boleh dapat sakit kepala:

Emosi tak stabil - Aku ok je kot. Marah tak, sedih sangat pun tak, gembira terlampau pun tak. Banyak fikir? Tak kut. Tak nak fikir apa-apa kalau boleh. Huhu.

Perubahan hormone - jap aku tanya badan aku, “eh hormone semua ok?”. Otak aku jawab, “ok jek boss. Hormone boss terlebih releks je 2-3 minggu ni. Maklumlah cuti sekolah. Tak payah fikir kelas dan exam. Huhu.

Bau pelik-pelik - bau aku wangi lah. Rumah ni mana la nak ada bau pelik pula kan.

Lapar - aku rasa aku makan terlebih dari yang sepatutnya. Jadi tak lapar dah kut. Kalau lapar juga tu aku tak tahu lah. Ni pun tengah makan mi goreng basah. Hoho.

Kepanasan - hari ni hujan je sepanjang masa. Masa best untuk tidur. Sejukkkkkk.

Selesema / sinus – hidung aku sihat. Cuma selalu sangat rasa gatal-gatal sekarang ni. Ni yang rasa nak cabut, pastu rendam dalam air sampai suci bersih. Hik.

Caffeine – aku dah lama tak minum kopi. Last sekali masa exam final hari tu. Huhu. Duk minum teh panas je pun sekarang. Huhu.

Rokok – woihhh aku benci semua benda berkaitan rokok. Tapi terhidu asap dia memang boleh wat bergegar kepala otak aku. Hish. Nasib baik takda orang merokok sekitar 5 metre dari aku. Hihi.

Yang lain-lain aku tak ingat. Huhu.

Mungkin aku punya ni aku tak belajar lagi. ‘Headache due to have not enough sleep because too much time spent for blogging’. Haha.

p/s 1: aku nak tidur awal la lepas ni kononnya. projek setahun lepas tu bila entah nak siap. Huhu
p/s 2: bila la nak merasa Cheezy Zinger Crunch. Siapa nak belanja ni??
p/s 3: tahniah Malaysia menang Piala Suzuki 2001. Tahniah Indon dapat jaringkan 2 gol. Hohoho.



2 comments:

Tie HT said...

owh sedap nya makanan itew ;)

MERAH said...

taw tapeee.wuu~