Dec 31, 2010

Pergilah 2010, Datanglah 2011

Tanggal 31 Disember 2010, hari terakhir dalam kalendar 2010. Setahun ini, banyak perkara yang tak terjangka dek akalku yang berlaku. Ada manis ada masam ada pahit. Semua itu ketentuan Allah yang tahu apa terbaik buat diriku.

Setahun yang lalu pada tarikh yang samalah aku dapat berita yang mengejutkan bahawa aku masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang Farmasi. Masa tu aku dah tak mengharap sangat dah tapi mungkin dah rezeki aku kot. Syukur, syukur. Masa tu la bunga api duk keluar sana sini menyambut tahun baru 2010 dan masa tu jugalah aku dapat berita yang tak disangka itu.


Syukur Alhamdulillah, kerana pada waktu itu aku memang benar-benar berdoa agar apa-apa jua keputusannya, aku harap baik untuk aku di dunia dan di akhirat. Walau dalam kegembiraan itu, masih ada kegusaran dalam hati aku. Masa nak fly tu orang lain semua nangis-nangis aku ni macam orang tak ada perasaan jek. Happy pun tak, sedih pun tak. Kesian betul aku ni.


Memang banyak pengalaman baru yang aku ceduk selama di sana. Suasananya pun berbeza berbanding di sini dan di sana aku lebih berdikari. Ceewaahh. Tapi sampai sekarang aku masih takut nak bawa kereta di jalan sibuk. Apa la nak jadi ni? Tapi masa kat sana memang rindu terlampau la nak balik rumah. Rindu family, orang itu, kawan-kawan, makanan dan semua-semua lah. Hanya Allah je jadi peneman hati yang kerinduan. Sesungguhnya Allah itu tempat luahan yang paling memahami J. Hanya aku saja hamba yang hina. Astagfirullah, ampunkan dosa hambamu ini.

Tahun ni juga lah nenek aku belah ayah meninggal. Masa tu aku kat sana. Hanya al-Fatihah dan yassin dapat aku sedekahkan. Datuk aku belah mak juga jatuh sakit tahun ni. Hanya doa iringan lepas solat yang mampu aku berikan ketika aku di sana. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami di dunia dan di akhirat.
Akhirnya pulanglah aku ke tanah air. Tapi bukannya back for good. Nanti kena pergi semula sana. Sabar je lah. Tapelah biarlah aku puas mencurah kasih dengan orang-orang dan makanan yang aku rindui. Haha. Pray for my success and you will be rewarded too.

gambar Incik Google.

Tahun ni lah jugak aku tergedik nak buat blog. Bulan 10 lah permulaan perasaan gedik ini. Mula-mula dulu aku saja nak buat sebagai tempat untuk aku luah perasaan dan tempat untuk aku nak share ilmu dan pendapat aku dengan sekalian manusia. Maka dengan itu wujudlah nickname MERAH ni. Aku harap-harap aku terus berjuang dalam dunia blog ni dengan jayanya. Amin~ hikhik~


Semoga kedatangan 2011 ini dapat membawa perubahan dalam diri aku agar lebih ke jalan Allah dan di permudahkan segala urusan aku di dunia dan akhirat. Aku pun berharap perjalanan aku sebagai seorang yang kena mengadap buku juga berjalan lancar. Tabahkan hati hambamu ini untuk menghadapi buku yang tebal-tebal ya Allah!

‘Jika sesuatu kebaikan itu sukar untuk aku lakukan, kuatkan hatiku ya Allah dan jika sesuatu keburukan itu sukar untuk aku tinggalkan, tetapkan hatiku ya Allah menuju ke jalan yang Engkau redhai’.

‘Sesungguhnya dunia ini hanyalah keseronokan yang palsu dan kepada akhiratlah kau tuju’.





10 comments:

sekamar rindu said...

salam...

selamat tahun baru....2011,

follow ur blog..***74

Unknown said...

slm

SELAMAT TAHUN BARU....

semoga berjaya dalam setiap perkara yang anda lakukan...

:)

Affan Ruslan said...

Salam.
Owh, baru buat blog.
Moga maju jaya.

Semoga tahun 2011 ini lebih baik dari tahun lepas. InsyaALLAH

www.affanruslan.com

MERAH said...

SEKAMAR RINDU : salam tahun baru 2011!thanks sudi follow myblog.hihi~

SUNA HUSN@ : HAPPY NEW YEAR TOO!semoga anda pun begitu.hehe :)

AFFAN RUSLAN : HEHE ye baru je buat blog nii.insyaAllah~amin!

MIMIE AIZA said...

happy blogging
selamat tahun baru :)

~faty~ said...

wah..cpt dpt followers ye..
slmt berblogging~

=)

Unknown said...

selamat tahun baru..'orang itu'? aduhh melepas la pulak..

MERAH said...

MIMIE AIZA: THANKS~hehe.selamat thn baru juga!

~FATY~: hehe sket jek pon folowernyee.slamat bblogging too :)

FERRY : selamat tahun baru jugak!errr orang tuu??haha.jodoh maut dtgn tuhan.hek3.ehh kne kjar kelip2 bru taw.hha.

Anonymous said...

Salam tuan blog..
Selamat tahun baru
selamat berblog.. dengan cara yang sihat dan ceria..

MERAH said...

ABGREDS : Salam :)hehe slmt tahun bru jugak. insyaAllahHEHE.