Feb 13, 2011

14 Februari & 15 Februari 2011

Assalamualaikum wbt.

Sebelum aku pergi lebih jauh lagi (elehh jauh manalah sangat boleh pergi) untuk mengolah tajuk aku di atas ni, aku rasa semua orang dah tahu apa benda yang ada 14 Februari ni. Dulu masa kecil-kecil jahil tak tahu pape lagi (sekarang pun masih banyak kekurangan diri) bila masuk je bulan Februari ni agak tertariklah dengan sambutan Valentine ni sebab kalau di kedai-kedai banyak jual barang yang sangat menarik hati dengan bunga, teddy, chocolate, pillow, sweets dll (yang penting semua warna merah & pink! Blink-blink~)

Tapi bila dah makin membesar dari segi umur baru sedar yang Valentine ni sambutan orang putih, orang KRISTIAN maknanya bertentanganlah dengan agama kita iaitu ISLAM. Maka HARAM. Kisah di sebalik sambutan ini juga seperti merendahkan martabat agama ISLAM itu sendiri. Aku rasa dah ramai yang tahu apakah yang menyebabkan wujudnya Valentine’s day (banyak kisah dan versi), namun di sini akan aku nyatakan sekali lagi untuk sesiapa yang hidup dalam gua selama ni yang tak pernah tahu pasal benda ni sehingga tersambut hari HARAM ini (ish ish ish banyaknya ini).



Hasil dari pemahaman dan pembacaan aku di merata tempat, Valentine’s day ni ada 3 kisah (mungkin lebih) yang berlainan iaitu : hari sempena memperingati St. Valentine yang mati di bunuh, hari meraikan kejatuhan kerajaan ISLAM di Sepanyol dan pesta sambutan kaum ROM kurno dikenali sebagai LUPERCALIA.

(Di sini aku nyatakan sahaja. Untuk penerangan lebih lanjut sila GOOGLE sendiri) 

Walaupun banyak versi yang berlainan menerangkan mengapa Hari Kekasih ini diwujudkan, namun aku rasa tiada sebab yang kukuh untuk orang ISLAM meraikannya. Ia adalah sambutan orang KRISTIAN, jadi adalah HARAM kita orang ISLAM meraikan perayaan oleh orang KRISTIAN. Oh tolonglah jangan menyerupai mereka. Di sini dah terang-terang hari 14 FEB itu adalah hari memperingati St Valentine dan pesta di ROM yang tak ada kaitan dengan hidup kita mahupun dalam sejarah ISLAM. Yang pasal meraikan kejatuhan kerajaan ISLAM tu korang nak ke tergolong dalam golongan itu? Kita sepatutnya berdoa dan berusaha agar kerajaan ISLAM kembali megah dan gagah seperti di zaman kerajaan Abbasiyah dahulu.

Mungkin akan ada yang kata “saya tak sambut Valentine, tak sebut pun Happy Valentine’s Day, sebut hari kekasih jeeee”, ohhhh itu adalah sama sahaja. Dalam sejarah Islam ada ke wujud Hari Kekasih tu? Tak ada kerana tiada hari yang ditetapkan untuk meraikan kekasih anda aka suami isteri. Hari untuk meraikan pakwe, makwe, bf, gf dan seangkatan dengannya tidak akan pernah wujud kerana ISLAM itu sendiri tidak menghalalkan hubungan tanpa ikatan sah (oh insaf!). Untuk suami isteri pula, tiap-tiap hari adalah hari berkasih sayang jadi jadahnya tetapkan satu hari untuk Hari Kekasih. TAK PERLU.

Semua duk sibuk-sibuk 14 Februari ni, tapi jangan lupa tarikh penting untuk umat ISLAM yang sebenarnya adalah pada 15 Februari 2011, iaitu hari kelahiran KEKASIH ALLAH iaitu nabi Muhammad s.a.w (12 Rabiulawal tahun Gajah). Hari inilah yang patut kita umat ISLAM raikan bukannya duk sibuk nak meraikan Hari Kekasih yang HARAM tu.



Jadi bagaimana nak sambut Maulidur Rasul ni? Kalau orang lain boleh beli kek tiup lilin dan makan, tapi untuk meraikan junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w kita boleh :

1. Berselawat ke atas nabi
2. Berzikir
3. Perarakan Maulidur Rasul
4. Memberi makan fakir miskin
5. Membaca al-Quran
6. Ceramah / Syarahan mengenai Nabi Muhammad saw
7. Persembahan seperti Nasyid atau puisi memuji nabi kita
8. Sertai/tonton program khas Maulidur Rasul

Yang pentingnya sambutan adalah berunsurkan IBADAH dan tidak terpesong dari agama ISLAM. Apabila kita melakukan sambutan Maulidur Rasul ni siap dapat pahala! Saham akhirat tuuuuu. Jadi buat apa-apa pun biarlah kita tahu ada manfaat ke tak untuk kita di dunia dan juga akhirat, insyaAllah. Oke, sekian!

p/s : Hari tu baru tersedar dari lamunan yang iklan HeartBeat tu ada iklan Valentine.Oohhh aku tak nak bersetongkol sekali!!! Jadi hari tu remove sekejap iklannya dan sambung semula selepas HB dah keluarkan iklan baru. Hee~





7 comments:

Unknown said...

thanks merah ingatkan.. :) sejuk perut Teratai

Dea Sara said...

Salam Maulidur Rasul...

.::: Princess MOMOY :::. said...

urm...artikel yang sangat bagus merah
Peristiwa itu masih menhantui diriku...
100 kerja kosong kerajaan sepanjang 2011

~eVerYtHiNG~ said...

info yg baik

Arief Arf said...

i think valentine tu haram kalau kita buat benda haram je.
kalau setakat pegi makan, bagi hadiah tak salah kan?

teratai said...

salam merah,

wah bersemangat betul merah menyedarkan saudara seagama spy jgn sambut hr valentine ini...apa2pun esok cuti sempena maulidur rasul, jgn lupa berselawat utk junjungan besar nabi muhammad (s.a.w)

MERAH said...

FERRY : sama2.hehe sejuk dan nyaman.hee :)

DEA SARA : salam Maulidur Rasul juga :)

PRINCESS MOMOY & ~EVERYTHING~: Thanks. sekadar bkongsi sesama mnusia.

ARIEF ARF : ohhh tapi kenapa bagi hadiah?hy yg mnyambut Valentine je yg nk bg2 hadiah utk kekasih ni. tgk atas niat anda lah hadiah utk ape.ape2 pun kalau benda tak perlu buat dan boleh terjebak ke arah yg haram baik elakkan, kan?

TERATAI : hehe semangat bkobar2 utk menyampaikan dan beri peringatan kpd diri dan juga rakan seperjuangan.insyaAllah, salam Maulidur Rasul.