Assalamualaikum wbt.
Tahukah anda semua kuasa yang ada pada doa? Aku rasa ramai dah tahu, ramai juga yang mungkin lupa. Mari kita beringat semula. Apabila kita berdoa kepada Allah, hati kita akan lebih tenang dan juga dapat meningkatkan keimanan kita.
Bagaimana dengan berdoa dapat meningkatkan keimanan?
Kita berdoa bermakna kita meletakkan kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah, kita bergantung kepadaNya sebagai kuasa yang paling besar. Hati kita akan lebih rapat dengan Allah dan kita juga seolah-olah berhubung denganNya. Bila Allah yang menjadi tempat kita bergantung, kita akan lebih mudah untuk menerima ketentuan yang telah ditetapkan olehNya. Redha dan yakinlah sebenarnya Allah akan tetap memakbulkan doamu, cuma masa yang menentukannya.
Allah suka mendengar kita merintih dan mengadu. Ini dibuktikan melalui hadis qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”.
Jadi melalui ayat ini dah terang apabila kita ditimpa sebarang musibah atau apa-apa yang menyebabkan kita rasa down dan tak tentu arah, mengadulah pada Allah, menangislah kepadaNya. Pohon kepadaNya agar ditenangkan jiwa dan dikuatkan iman untuk menghadapi ujianNya.
Jangan diminta diringankan bebanan, tetapi mintalah iman kita digandakan.
Gambar sewa dari Mr. Google. |
Dah selalu doa tapi tak diperkenankan juga? Bersabarlah, kerana itu juga adalah ujian dari Allah. Allah nak uji sejauh mana kesabaran kita, dan Allah suka bila kita sentiasa berdoa kepadaNya tanpa putus. Bukannya bila kita berdoa sekali terus Allah perkenankan. Ada yang tak dapat di dunia insyaAllah akan diperkenankan di akhirat. Yakinlah dengan Allah kerana disitulah adanya kekuatan.
“Ya Allah, lindungilah aku dari godaan nafsu dan hasutan syaitan dan berikanlah aku kejayaan di dunia & di akhirat.”
Ini doa secara umum. Aku yakin semua nak macam ni kan? Takkan nak berjaya di dunia je tapi ingatlah akhirat tu tujuan kita hidup di dunia ini. Kita ni nak berdoa tidak kiralah di mana dan bila. Namun waktu paling senang nak berdoa ialah pada sesudah solat 5 waktu. Setiap kali lepas solat luangkan sedikit masa kita untuk Allah. Ni tak dah solat terus cepat-cepat nak on laptop. Masa tengah solat pun dah terfikir lepas ni nak on, nak gi blogwalking ke sini, sini dan sini. Ohh tak kusyuk! Syaitan mengganggu dan mereka berjaya. Cubalah untuk kusyuk dalam solat. Usai solat, tadahlah tangan dan berdoa. Pintalah pada Allah.
Waktu paling mustajab untuk berdoa adalah ketika kita sujud. Rasulullah SAW bersabda: “Yang paling hampir di antara seorang hamba dengan Tuhannya iaitu ketika ia sujud, maka banyakkan doa.” (Muslim no.482).
Dah berdoa tu, jangan pula curi-curi sekali sekala je doa. “haaa aku dah doa tadi, Allah dah tahu apa aku nak. Tak payah lah kali ni”. Cepat-cepat simpan sejadah. Tengok tv, main game, handset. Makin lama makin lalai. Syaitan makin senang nak menggoda kita. Kita pun lagi senang tergoda. Sebab tu kalau berdoa, biar berterusan. Biar kita sentiasa di dalam jagaanNya.
Ingatlah, Allah amat suka mendengar rintihan hambaNya. Susah senang sentiasa ingat Allah dahulu. Semasa senang, panjatkan kesyukuran dan semasa susah, mengadulah kepadaNya.
11 comments:
nice...
kita selalu lalai dalam mengabdikan diri pada ALLAH
btol2..blog ni pon skali skala wat apik lalai gak..hehe
Nice sharing :)
time kasih for infmation..:)
betullah...kdg2 kita ada minta spya Allah ringankan bebanan, rupa2nya rahsia di sebalik tu, kita patut brsabar agar Iman kita ditingkatkan...
Assalamualaikum. Musibah buatkan kita jadi lebih kuat. =)
AIZA : itulah kita manusia, sentiasa perlu beringat dan kembali kpdNya jika tersedar kita telah terleka walau seketika :)
APIK PEHE : haa betol2.ehh blog MERAH ni yg buat lalai ke ATAU dalalm berblogging ni kita lalai.konpiuh dennn.jgn la lalai sbb bloh MERAH ni plakkk.haha.
CIK YANA : Terima kasih krn sudi meluangkan masa membaca di sini :)
SAYA BUDAK BAIK : sama-sama :) thanks jugak sbb rajin baceee.
SHILA : Taw tape. kita manusia tidak tahu ape perancangan Allah tu sebenarnya untuk kebaikan kita. terima & redha adalah penyelesaian terbaik.
MAHFUZAH : Waalaikumussalam :) InsyaAllah, same2 kita mnghadapi cabaran duniawi dgn lebih tabah. AMIN~
nasihat berguna yang dikongsi bersama. terima kasih ingatkan kami
info yg baik utk direnungkan..
renung2 kan dan selamat beramal ;)
sentiasa mendoakan merah adik beradik:)
Post a Comment