Mar 9, 2011

4 tempat bacaan unik dalam al-QURAN

Assalamualaikum wbt.


Hari ni dah baca al-Quran ke belum? Kalau sudah bagus sangat, kalau belum, tinggalkan lah sebentar dunia dan berilah sedikit masa kita untuk mendekatkan diri dengan Allah. Bukan kena baca satu juz dalam satu masa, ikut kemampuan. 


Ok lah kita ni manusia banyak lagi yang tak tahu dari tahu macam aku ni haa. Di dalam al-Quran ada 4 tempat bacaan yang unik sedikit berbanding bacaan biasa. Alhamdulillah, ilmu yang amat berguna ni di perolehi dari sini (Thanks!). Jom kita cek apa bacaan yang selama ni kita sedar ke tak betul salahnya. Jangan main langgar je.


1) Surah Huud ayat 41

Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa

Bukannya maj + roo + haa

ataupun maj + ray + haa

Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=jiaiF5LyayA
(minit ke 0:40)

************
2) Surah Yusuf ayat 11

Asal perkataan tersebut ialah 'tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami."

Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.

Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.

Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na

Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.

Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام

**********

3) Surah Fussilat ayat 44

Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.

Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy.

Hamzah pertama bermaksud 'adakah'.

Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'.

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy,

tetapi lebih kepada
Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy

Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain.

Rujuk link:

http://www.youtube.com/watch?v=yNnWJIcSbO0
(minit ke 4:40)

**********

4) Surah al-Ahqaaf ayat 4

Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.

Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?

Tapi kat sini pelik sikit.

Kita kena baca:

ii-tuu-nii

Bukannya

Uk-tuu-nii

http://www.youtube.com/watch?v=dRY70ogCj6A
(minit ke 0:53)



______________________________________

p/s : sekarang pergi ambil al-Quran masing-masing dan tulis lah note tepi tu. Kalau nak ingat macam susah je kan, baca al-Quran bukannya khatam tiap-tiap minggu (kalau ya, ALHAMDULILLAH) boleh baca ulang-ulang kali.

p/s lagi : sebar-sebarkan ini untuk kebaikan bersama :)



16 comments:

Unknown said...

thanks merah..bacalah dengan betul agar tafsirannya betul.

p/s: cek email yahoo

MERAH said...

sama2.berkongsi supaya sama2 dapat amalkan.ohhhh da bukak.hehehhe :P

Mahfuzah Husna Zulkifli said...

Terima kasih banyak2 Merah. Bahaya kalau tak cuba mencari cara bacaan yg betul kalau tak reti. Lain jadinya nanti

Dekcik said...

thanks merah.. baru dekcik perasaan lah..

Latifah said...

alhamdulillah.
terima kasih atas perkongsian.
biasanya kat surah Yusuf je yang Latifah perasan, rupanya ada 3 tempat lagi.

~perlu belajar lagi ni~

teratai said...

salam merah,

terima kasih krn mengingatkan semula, masa belajar quran kat sekolah panji alam dulu (along kecik masa tu)ada disebut oleh Ust. Syukri. Skrg ini tiap2 mlm buat tadarus quran dgn adik2...insyaAllah.

MERAH said...

Sama-samalah kita semua beramal :)

TERATAI : ohhhhh besnyeee.rindu nak join sekali :(

Pensil Magik said...

sgt bagus ni.. InsyaAllah saya jadikan panduan... salam ukhwah..

zahidah dihaz said...

thank for the info....nice sharing..


New Entry: [Keputusan] Miss Zahidah 4in1 Lucky Draw

Khai Rul said...

waaahh,, trbaikk !!!,,,(^^,)

Cik Yana said...

Nice entry. Ustaz cik Yana pun ade bagitahu dulu. Siap ade buat tanda kat dalam Quran :)

Unknown said...

thnx 4 sharing

cikNiarun said...

wah.tatau pun, thanks for sharing merah!

MERAH said...

Ilmu tak baik simpan sorang-sorang.lbh baik berkongsi.
Jadi lpas ni beramal lah dgn ilmu yg dpt.utk lbh baik lagi, rujuklah ustaz/ustazah :)

Bukan ustaz baru nak start said...

Kenapa kena baca Al Quran dgn tajwid?

Sebab utama ialah inilah cara bacaan yang nabi baca. That's all

Unknown said...

Subhanallah.. syukran jazilan...