Mar 25, 2011

RINDU yang membuak-buak!!

Assalamualaikum wbt.


Semakin lama semakin teringat-ingat keluarga. Walaupun chat, berskyping hampir setiap minggu tapi biasanya lepas skype tu lah rasa membuak-buak rindunya. Nak balik (T.T)

Tadi lepas makan berborak pula dengan housemates pasal keluarga masing-masing. Aku ni mestilah teringat kat adik-adik aku semua. Mak dan ayah. Parents yang berusaha supaya anak-anaknya dapat apa yang terbaik. Kesportingan ayah aku dalam mengurus dan mengusik anak-anaknya. Mak yang memahami jiwa remaja anak gadisnya (cerita je apa pun sure layan). Adik-adik aku yang tak reti duduk diam sibuk nak ikut aku pergi merata. "Along, bila nak tidur dalam bilik kitorangnya?", "Along jomlah main badminton petang ni!", "Along, jom pergi taman petang ni."

Kadang-kadang selagi tak ikut apa mereka nak selagi tu duk cakap juga benda sama. Tapi pada saat ni lah buat aku teringat suasana itu.

Saat dimana juga aku selalu usik adik-adik aku (part time job aku masa kat rumah). Bergurau dapat merapatkan silaturahim. Huhu.

p/s : kepada adikku yang baru dapat results SPM tu, jangan sedih-sedih sangat ye. Result tu dah cantik dah tu. Yang penting, ini bukannya pengakhiran tetapi permulaan untuk masa akan datang yang lebih mencabar kelak! Kuatkan semangat, ingatlah pada Allah :)

I MISS MY FAMILY 


7 comments:

teratai said...

salam....merah!

sama2lah kita rindu merindu!Rindu nak dapatkan keredhaan Allah!

ferry said...

rindu jugak!! :)

MERAH said...

TERATAI : salam :) Betul tu, keredhaan Allah adalah paling utama!

FERRY : ehhh sibuk je dia?Haha

ct N honey said...

agaknya mcm inilah rasa rindu anak saya yg ddk asrama terhadap adik2nya dirmh,begitu juga adik2nya,asyik tanya bila alongnya nak blk,...bila dah berjauhan ni baru kita tahu siapakah orang yg kita sayangi....

MERAH said...

betullah macam ni la sy rasa bila berjauhan dengan famili. ble bsame mereka happy je rse walaupun kadang2 tu ada juga gaduh2 dgn adik2. wuuu.

eirra said...

rindu ALONG !!
sapelah tuh yang ajak along pegi taman...main badminton...tidur dalam bilik ??haha !
menanti kepulanganmu !

MERAH said...

rindu jgak :(
haa tunggu tau bile ntah nak blk.wuwuu~