Apr 1, 2011

Kau ni tak MALU ke?

Assalamualaikum wbt.




Seketika dulu,
Kau kekurangan kain membalutmu,
Kau terlupa alas tudungmu,
Kau mementingkan susuk tubuhmu.
Tidak malukah kamu?

Sedetik dulu,
Kau belum bersedia,
Kau kata belum mendapat hidayahNya,
Kau sayang untuk meninggalkannya.
Tahukah ruginya kamu?

Tibanya kini,
Kau ingin berubah!YA!BERUBAH!
Kau mengikuti arus peredaran semasa,
Kau seronok dalam menggayakannya,
Tapi, adakah ini syariat ISLAM yang sebenarnya?
Apakah kau mengikutinya?

Saatnya kini,
Kau kata kau sudah semakin ISLAM,
Kau sudah bertudung berselendang,
Bukankah ini yang ISLAM mahu?

Tapi kau mendedahkan dadamu!
Tapi kau meninggikan sanggulmu!
Tapi kau memakai seluar yang ketat!
Tapi kau memakai baju yang sendat!
Tapi kau berbaju yang jarang!
Tapi kau mendedahkan lenganmu!!

Dimanakah rasa MALU itu pergi meninggalkan kau?

______________________________



Masalah pasal malu ni nampaknya dah makin parah kerana semakin ramai yang hilang rasa ni. Tengoklah sendiri di luar sana, yang paling sayang dan terkilannya adalah jika mereka dari golongan yang bertudung


Sepatutnya orang kata, kalau dah bertudung tu, harap-harap segalanya baiklah. Memang tudung tu tidak menjamin hati seseorang itu baik, tetapi paling tidaknya penampilannya nampak lebih manis, lebih sopan.

Shawl sekarang dah macam jenis, macam rupa dah. Style pakai pun dah berevolusi dari hari ke hari sampai penuh video dekat youtube pasal cara nak belit tudung. Tapi sayangnya, tak ada satu pun yang ajar cara pakai shawl yang tutup kepala dan dada sekali (dengan sempurna)!! Lupa ke weh dada tu pun kena tutup juga? 

Kenapa kena tutup dada ni? 

“Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”. (an-Nur: 31)

Ini ayat daripada al-Quran. Dah terang lagi nyata ayat ni menyatakan tuntutan agama supaya kita melabuhkan tudung sehingga menutup bahagian dada.

Dada tu, kalau tak dijaga menjadi tumpuan mata-mata yang meliar (lelaki la senang cakap). Mereka ni bukannya senang nak menundukkan pandangan kalau kita sendiri yang duk tayang sana sini. Janganlah berbangga dapat tayang sana sini. Sepatutnya ada rasa malu, kerana itu adalah satu benda yang kita patut jaga dan lindungi dari mata-mata yang penuh niat jahat itu. 


Bukannya dengan selamba pakai selendang singkat-singkat supaya boleh belit sanggul tinggi.
Bukannya sibuk nak ikut artis itu ini pakai shawl terselak sana sini.
Bukannya berbangga dah tutup rambut tetapi lupa nak tutup dada!

Tak ada guna pakai tudung kalau macam ni, sebab dada tu lebih mengiurkan dari rambut. Suka ke korang lelaki duk cuci mata? Suka ke? Ceh. DOSA. HARAM.    

Jadi nak salahkan siapa? Tukang reka selendang? Tukang jual shawl murah? Tukang upload video belit tudung?  Kalau kata oklah ni pakai juga tudung dari tak pakai terus. Aku cadangkan, cek balik diri tu. Muhasabah diri. Marilah kita sama-sama fikir, apa yang kita nak sebenarnya. Perubahan demi ALLAH ataupun demi kepuasan diri sendiri? Ganjaran di akhirat kelak ataupun keseronokkan di dunia semata?

Tepuk dada tanya IMAN.

Lupakah kita MALU juga sebahagian dari cabang IMAN

MALULAH PADA TUHAN DENGAN SEBENAR-BENAR MALU.


"we are what we wear"
Benarkah ini? Kan?


p/s : cukuplah kali ni sentuh pasal tudung je. Mari perbaiki diri!



32 comments:

Muhammad Izuan said...

pakai tudung pun tak guna kalau bergaul bebas. tersentuh sana sini slamba je. pakai jeans. bila jalan, paham2 la. kiri, kanan, kiri, kanan...

bertudung labuh, pakai stokin pun tak guna, kalau tak ikhlas. munafik. stakat nak org puji, pndg tinggi. padahal chating ym dgn laki kuat. chating fb kuat. ada brani delete fb??? tak payah pakai tudung labuh. baik telanjang je. tak payah pura2 la. bukan nak kata kat pmpn je, laki pun sama.

sori aku emo.

MERAH said...

salam,

sebab tu ada ayat dalam al-Quran, "masuklah ke dalam ISLAM secara keseluruhan" (al-Baqarah, 208).yang ni baru terang cara pakai tudung sekarang yang sbenarnya dah ikut TREND, bukannya ikhlas kerana Allah. Bukannya buat ikut tuntutan agama. Nak ikut benda lain lagi banyak sebenarnya yang dah salah di sisi agama.

Yang pasal puji tu, aku rasa orang tu sendiri dah salah niat. Cek balik diri nak keredhaan Allah ke nak kepuasan sendiri.

Yang pasal chat ngan laki kuat ke apa, bukan semua macam tu, kalau betul-betul memahami ISLAM, tak adanya nak buat macam tu. FB etc tu guna sebaiknya, bukannya untuk buat benda yang boleh datangkan fitnah tetapi gunakannya sebagai landasan untuk menyampaikan dakwah pon boleh kan?

Sebab tu, apa-apa pun dalam kehidupan kita ni, yang paling penting adalah NIAT kita.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

wassalam.

Muhammad Izuan said...

Salam.dtg sini balik... tq untuk jwpn yg pnjg lebar... sory smlm emosi terganggu sikit. tu yg komen main lepas je... huhu

sebenarnya, apa yg sy nampak, KEBANYAKAN org alim sekarang tak boleh lagi dibuat contoh. terlalu ramai yg beribadat kerana masyarakat, dan bukan kerana Allah. Kalau betullah manusia zaman sekarang ni beribadat kerana Tuhan, xda lah lagi masalah2 keruntuhan akhlak, perceraian, rogol sana sini, zina, dan sebagainya. masalahnya sekarang, mereka buat ibadat, dan dalam pada masa yg sama buat maksiat.

sama lah dgn kes tudung. berapa peratus remaja bertudung yg masih dara sebelum berkahwin???

ps:Entry yg baik...

Unknown said...

termenung jap baca entri ni..thanks merah ingatkan kami semua..nak cari button like takde..

MERAH said...

MUHAMMAD BURN : haaa susah sangat kita kan ada role model yang sepatutnya kita contohi iaitu RASULULLAH SAW. tiada ragu-ragunya lagi di situ sebab kalau manusia ni memang banyak melakukan kesilapan, cuma yg membezakan kita adalah kita sedar dan bertaubat ataupun tidak.

Masalah keruntuhan akhlak ni berpunca kerana kita sendiri yg tidak lagi mengikut suruhan Allah yg mnyuruh kita menjaga maruah masing2 tetapi merasa lebih seronok bergelumang dengan dosa.

Jihad melawan nafsu itu adalah jihad paling besar, paling susah. Kalau semua tahu betapa pentingnya melawan hawa nafsu dan menjaga maruah masing2 insyaAllah akhlak anak muda zaman kini tak adanya macam ni.sama2 lah sedar, tak ada guna kalau menyalahkan masyarakat kerana kitalah masyarakat itu.

kalau pasal perempuan bertudung dah tak dara tu, boleh tak tanya balik, banyak manalah lelaki yang masih dara (eh ada ke?haha)tinggal? Perempuan tak akan jadi macam tu kalau tak ada laki yang pada masa yg sama juga menghancurkan perempuan.2-2 sama sahaja.

Fikir-fikirkanlah apa yang anda nak dalam hidup, jangan ikut masyarakat, jangan salahkan masyarakat. Hidup anda pilihan anda.

Pehh panjang pulak.heh.

MERAH said...

FERRY : memang kadang2 kita kena termenung, kena muhasabah diri cek balik apa kita buat selama kita hidup ni. Apa salah dan silapnya kita. Bila tersedar, cepat2lah buat sesuatu. Rugi kalau abaikan saje.

ehh tapi ni pasal tudung pun FERRY termenung fikir ape ek.plek jugak.hehe.

kindergartenlibrary said...

nelly ada sifat malu ~

MERAH said...

Nelly : alhamdulillah, malu tu memang kena ada dalam diri kita :)

wanacesh said...

x semua perempuan mcm yang muhd burn ckp,,tapi saya akui sekarng ni memg bnyk org alim x bole djadikan contoh, akhir zaman la katakan,,pedulikan dgn org mcm tu, tutp aurat itu wajib,,pasal sikap dia tu lantak dialah,,semoga niat ikhlas bertudung, Allah buka lagi hati dia mengubah sikapny ke arah kebaikan..=)

MERAH said...

haa betul tu.apa2 pun NIAT tu dari awal dah kena betul, barulah yang lainnye jadi betul.

Judh said...

thanks for datz info :)
sdg membaiki diri sendiri :)

MOH KEMBARA said...

Salam, peringatan utk diri kita jugak...tima kasih. Tima kasih ziarah blog akak!

iezawanza said...

salam..
tenks coz menginganti.. cuba jgak dari hari ke sehari utk mjdi yg solehah. skang kalo pkai tdung cuba mengelak dpd buat sanggul yang tggi tu..

Unknown said...

salam.nce info merah...saya pun terlintas jugak nk buat entry pasal ni....tapi xdala tahu banyak sangat fakta.thnks 4 ur info merah..
:)

Unit Ladap, said...

salam merah,

hari tu beli tudung kat Pasar Tani, terkejut dgn penjual tudung, tanya tak nak beli 'sanggul' tiruan ke???

Sire Johhny Deep said...

entri yang baik...
pasti ada yang panas...
pasti rasa terbakor... tapi kira ok, panas dan terbakor kat dunia tak kekal...
thumbs up!!

K2r~90 said...

ramai tahu akan kesilapan tapi kesedran kurang mungkin faktor didikan dari parent dan media massa y mengusai dunia sekarang neh nauzubillah

fyna ahmad said...

gud entry...








jom singgah n follow belog fyna.
http://inibelogfyna.blogspot.com/

Farah Shamsudin said...

good info.. bula baca je, terus je termenung kejap.. betapa banyaknye la dosa saya nie..

Anzur Anuar said...

ramai yang pakai tudung singkat2 ja. hurm..

Live Blog: belog! my Oxygen

syuxer said...

emm..terlebih dahulu..salam perkenalan dari saya..memakai tudung ikhlas ke tidak,merupakan tuntutan yang wajib ke atas perempuan yang mengucapkan khalimah syahadat. Yang pasti bukan diri-sendiri yang menanggung dosa bila mendedahkan aurat tersebut,tapi ayah,suami,adik lelaki,abng,saudara2 lelaki jugak mendapat hak dalam pembahagian dosa tersebut..:)

P/s:alang-alang dah berkenalan,jom kita follow sesama bagi mengeratkan hubungan silaturrahim.

Unknown said...

merah..oh merah

MERAH said...

DUDU : WELCOME :) sama2lah kita berusaha utk perbaiki diri.

MOH KEMBARA : oh sama2.ye peringatan untuk semua perempuan :)

IEZAWANZA : teruskan usaha dan sentiasalah berdoa kpdNya agar dipermudahkan.

UNIT LADAP : SALAM :) haa tau tapee.aritu pun tgh jalan2 terkejut gak nmpk ape bnd lah sebunjut warna hitam tergantung. dunia oh duniaaa.

KULOP LUDIN : trima kasih. hehe biarlah panas dunia.mngingati satu sama len ni pon tanggungjawab kita sesama ISlam :)

K2R~90 : itulah yg sayangnya sebab tahu silap tapi buat dekk jek. sangat rugi..

FYNA : thanks! insyaAllah~

Fadzli Amir said...

Salam kenal,...agaknya ibu bapa sekarang tak lagi sayang anak diorang, macam kita dedulu...yg begitu jaga dan menegur anak2...sekarang mak pakai tudung, anak dibiarkan terdedah, dgn alasan, biarlah...diorg muda lagi...

zahidah dihaz said...

terima kasih untuk perkongsian.,..berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik...



New Entry: TAMRA THE ISLAND

kindergartenlibrary said...

semua bergantung pada niat kita ^^

MERAH said...

FARAH SHAMSUDIN : sama-samalah kita perbetulkan diri :)

ANZUR ANUAR : itulah pasal. Islam suruh tutup kepala, rambut, leher dan dada. Tapi tak tahulah kerana fesyen semua duk terikut-ikut.

SYUXER : Salam kenal jugakkk.haa tahu tape.maknanya, tanggungjawab ayah, abang, suami adik dan semua tu SANGAT BESAR. So, kena sedarlah ye wahai kaum2 lelaki semua, suruh anak2 isteri jaga aurat betul-betul.ohh insyaAllah.

FERRY : bakpenye niii gakk??

MERAH said...

FADZLI AMIR : salam kenal..itulah yang salahnye.melentur buluh biarlah dari rebungnya.sebab tulah wjud perumpamaan ni, bukan saja2.hehe.didik anak2 biar betul, jangan nanti di akhirat di heret sama2 ke neraka, nauzubillah.

ZAHIDAH DIHAZ : sama :)teruskan usaha tanpa putus asa!

NELLY : yup, sebab tu hadis pertama dalam HADIS 40 pun pasal NIAT :)

Dwen Rasid said...

wah cantik la blog ni...

MERAH said...

ehhh.hehe terima kasih :)

Mahfuzah Husna Zulkifli said...

Good discussion :)

Anonymous said...

''Tak ada guna pakai tudung kalau macam ni, sebab dada tu lebih mengiurkan dari rambut. ''

sebagai lelaki, sy akui ini memang betul,tanyalah mana2 lelaki, kalau kdg2 trdengar kawan2 yg agak nakal suke bincang2 pasal awek2 lawa antara yg disentuh adalah pasal dada, xpernah plak diorang sebut pasal rambut... hati2lah wahai wanita, jaga diri anda dari api neraka