Assalamualaikum wbt
Glenelg salah satu pantai di Adelaide. Gambar ni semua telah di snap pada musim bunga baru-baru ni (takda la baru sangat dah nak dekat 3-4 minggu lepas kot. Huhu). Panas, suhu mungkin mencecah 32o C masa tu tapi air pantai kan, tu yang nikmat. Layan gambar jelah ye, lihat keindahan ciptaan Allah swt.
Banyak burung ni kat sini. Suka ikut orang yang bawa makanan. |
Menda ni? Siapa tahu boleh la share ye. Hoho |
Ini pun. Tidak diketahui apakah ia. |
Ni ketam. Tapi macam yang dah siap masak je? |
Ermm..kadang-kadang perlu untuk kita keluar melihat dunia. Bukannya di pesta keramaian mahupun kompleks suka ria yang hanya mengundang kegelisahan dan kegusaran. Tengok sini salah tengok sana salah. Tengok sini sakit mata, pusing belakang mengata itu ini.
Tetapi keluarlah untuk melihat alam ciptaanNya yang sungguh unik dan menakjubkan. Bukit bukau, pantai, hutan, laut dalam mahupun gunung ganang.
Tetapi keluarlah untuk melihat alam ciptaanNya yang sungguh unik dan menakjubkan. Bukit bukau, pantai, hutan, laut dalam mahupun gunung ganang.
Sungguh, dengan suasana begini, berhentilah seketika dan berfikir. Betapa besarnya kuasa Allah dalam mentadbir alam ini. Tidak tertanding kita yang mempunyai pelbagai ketidakmampuan.
Langit biru, awan berarak tidak runtuh menghempap bumi. Deruan ombak dari kejauhan kedengaran ganas dan deras namun apabila dihayati bunyinya menenangkan jiwa yang runtun. Hidupan yang pelbagai dari laut yang paling dalam sehinggalah yang terbang merentasi langit. Pepohon di pesisiran pantai yang kuat tidak tumbang menyembah bumi kerana tunjangnya yang kukuh mencengkam tanah.
Subhanallah. Tidak terhitung pengiraanya kuasa Allah itu.
ps : GLENELG ni, kalau terbalikkan huruf pun tetap GLENELG.
8 comments:
cntik la.suka sgt tgk laut dan kulit2 siput =)
mesti seronokkan duk kt negara org. mcm kata org jauh perjalanan luas pemandangan..
wow cantiknya.Ini yg membuatkan mak teruja nak ke sana!
MARILAH~ MARI BW :) Blogger Malaysia yg cun & hensem !
cantiknya pemandangan kt glenelg tu ;)
MAISARAH SARAH : sangat cantik ciptaan Allah ni. lain perasaannya kan duk kat tepi pantai ni :)
AZEKZK : alhamdulillah, seronok tu ada n perasaan2 lain pun ada. tp itulah sangat berterima kasih dengan peluang yg Allah kurniakan ni :D
TERATAI : kat sini banyak lg tempat menarik, jom2 dtg jgn tak dtg. heee :D
BALQIS AZHAR : :D
MISS PURPLE UNGU : cantik sangat, yg penting excited main air pantai. hehe :)
wahh...amazing!!!! hope sgt dapat pergi sana...
Post a Comment