Dec 15, 2011

Kuey Teow Ladna Ala Thai






Assalamualaikum wbt.

Lama rasanya tak kongsi resepi. Biasanya makan kuah kuey teow ladna macam ni, masa belajar kat INTEC dulu. Lokasinya di Ole-ole kedai orang Patani kalau tak silap. Tapi menu masa tu, kuey teow kungfu dan telur yang digoreng bersama kuey teow tu sangat sedap sebab ala rangup-rangup gitu. Makan pula dengan kuah masam-masam pedas. Memang lain dari yang lainlah rasanya. Jadi kali ni cuba masak kuey teow ladna cara ni dan rasanya sangat memuaskan hati.


Bahan-bahan

2 bungkus kuey teow
5 ulas bawang putih - ketuk
1 inci halia - mayang
5 biji cili padi - belah
3 ekor sotong - potong
15-20 ekor udang
10 biji fishball - belah 2
1 batang fishcake - potong nipis
4 sudu besar sos tiram
6-8 helai daun limau purut
5 biji limau purut (perahan air sahaja)
1 batang lobak
3 batang baby corn
Sedikit bunga kobis
Sebiji tomato
Sawi
Segelas air + 2 sudu besar tepung jagung (larutkan)
6-8 cawan air
Kicap cair
Kicap pekat
Minyak
Garam
Gula

Cara-cara

KUAH
1. Tumis bawang putih, halia dan cili padi bersama sedikit minyak.
2. Masukkan air dan sos tiram. Biarkan 5 minit di atas api besar.
3. Masukkan fishball dan fiskcake
4. Masukkan sayur yang keras dan biarkan untuk 5 minit.
5. Masukkan sayur yang lembut (sawi, tomato), sotong dan udang. Api sederhana besar.
6. Biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan gula.
7. Masukkan daun limau purut dan perahan limau.Nak masam lagi tambah limau lagi.
8. Masukkan campuran air tepung jagung sehingga kepekatan kuah memuaskan hati.


KUEY TEOW
1. Gaulkan kuey teow dengan sesudu kicap pekat + 2 sudu kicap cair.
2. Goreng bersama suku cawan minyak untuk 5 minit.
3. Angkat dan hiding bersama kuah.

3 comments:

mia kaftiya said...

alamak! rindunya nk mkn kuewtiaw laknaaaaa.....dulu rajin mkn kat gerai dkat gn opis, tp skang dah tukar kje.. dah lama tak makan dah.. hukhukhukk... ;(

AYuNG said...

waaaaahhh.....pepagi dh nengok makanan nih..lapooo..:)

nurul fatihah said...

Nyum...nyum