Dec 8, 2011

Tomato & ukhwah sesama insan

Assalamualaikum wbt


Kali ni nak ajak pembaca semua tengok short film ni kalau belum tengok. Maklumlah ramai sangat orang duk share ni kat FB. Jalan ceritanya simple tapi kalau betul-betul mejiwainya, ia sarat dengan pengajaran. Pengajaran yang boleh kita ceduk untuk di praktikkan dalam kehidupan seharian kita.







Nak tengok reviewnya meh sini baca. (pinjam entri eh, malas nak tulis entri panjang lebar punya pasal. Hehe. TQ)

Tapi sayangnya ada pula yang merasakan perbuatan yang di tonjolkan dalam filem ni, perbuatan gay. Salah ke kalau lelaki suap lelaki makan? Bukan sengaja menggedik, tapi kan nampak jarinya sakit. Tapi kalau menggedik apa salahnya sesama lelaki pun? Ingat perempuan je ke boleh main suap-suap ni?

Peliknya manusia sekarang, perbuatan macam ni di anggap salah, dianggap gay dan sebagainya. Tetapi kalau couple muda mudi yang tanpa segan silu menyuap makanan kepada pasangan yang tidak halal baginya tidak pula dicemuh? Minuman bertukar milik, berkongsi penyedut (straw laa) tidak pula dikeji? Kalau nampak yang macam ni bukan main lagi puji SWEETnya, ROMANTIKnya.

Dosa diagung-agungkan, sunnah diperolok-olokkan.

Sedarlah kita yang mana sepatutnya kita agungkan dan yang mana sepatutnya kita jauhi.

Bersahabatlah dengan seseorang kerana Allah, sesungguhnya itu lebih manis dan berkekalan hendakNya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia ialah sahabat yang membawa kita ke jalan Allah.

Sweet-sweet antara kawan tu bukannya sesama perempuan je boleh terjadi. Tak ada pun dalam ajaran Islam perbezaan cara berkawan mengikut jantina. Kalau sesama lelaki tak payah jaga perasaan orang? Barulah otai? Barulah macho? Tang mana macho pun aku tak tahu. Yang Islam bataskan adalah hubungan antara lelaki dan wanita.

Bila bersahabat dengan seseorang kerana Allah, susah senang kita rasa bersama. Persahabatan itu dirasakan sangat akrab, seperti saudara kandung sendiri. Malah dalam Islam juga mengajak kita untuk menyayangi saudara kita seperti kita menyayangi diri sendiri.


Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)


So, sesama lelaki pun jika ukhwah itu kerana Allah, memang boleh jadi lebih sweet lagi dari perempuan. Kalau GAY tu, bukannya SWEET tapi SEWEL tau tak. Geli. Dan orang boleh membezakan antara keGAYan dan keUKHWAHan yang kukuh.

Bukalah minda dan bukalah hati, terimalah ISLAM yang ternyata INDAH jika engkau memahami.




7 comments:

sea_lavender said...

menarik tentang sahabat =)
pagi td bru kawan sye tag video ni d fb ..benar2 menyentuh..ini bukti tnda ikhlas dalam berkawan krn Allah

teratai said...

persahabatan yg terjalin dgn penuh keikhlasan n demi keredhaan Allah...memang manis, dan akan terjalin sampai bila2:)

peRmaTa_ aGamA said...

indahnya ukhuwah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah..

salam ukhuwah..=)

~ sharing is caring..(^_~) ~

everjihad said...

ada jugak share dkt fb. alhamdulillah ramai yg turut sebar2kan and share.

betul sgt tuhh..

only if those gay really understand and could feel the same thing..

they won't choose to be gay. I knew they want attention..

kesian pada mereka yang dahagakn perhatian dan kehangatan kasih sayang..

may Allah show them the right way and guide them. Aameen.

Che Cha said...

comel je berkawan baik balik

... said...

subhanAllah, love the way you write it ukhti.. skrg ana rasa cam ana nya post tu hape2 je. hehe, tp betullah.. dosa diagung-agungkan, sunnah diperolok-olokkan. rasa nak letak kat blog ana je statement tu..hehe

wslm sayang fillah,
Liana

MERAH said...

SEA_LAVENDER: yup, bila ikhlas semua jadi indah :)

TERATAI : tau tape, ni barulah betol!hehe :D

PERMATA_AGAMA : salam ukhwah juga :)

EVERJIHAD : InsyaAllah, semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih syg Allah :)

MZ AISYA : hehehe.comel comell.erk.hihi.

LIANA : ehh ada pula macam tu,hehe. I also love the way you write ur post.sesungguhnya idea yg baik itu dr Allah dan yg tidak itu kekhilafan sy sendiri :) amik je mana2 part pun sbb bukannye hak sy pun.hee.ukhuwah fillah abadan abada <3