Dec 17, 2010

Hidup & Mati

Hidup dan mati itu telah ditetapkan,
Hidup dan mati itu suratan takdir,
Hidup dan mati itu ketentuan Allah s.w.t.

Pada yang telah tiada,
Itu pengakhirannya di dunia ini,
Namun baru permulaan di akhirat sana.

Pada yang masih hidup,
Itu diberikan peluang dan kasih sayang,
Untuk terus melakukan amalan kebaikan.

Janganlah yang masih hidup itu,
Meratapi yang telah pergi,
Menangisi yang telah tiada,
Mensia-siakan kurniaan Ilahi yang tidak ternilai.

Kita seharusnya bangun
Sedar akan kitaran kehidupan kita,
Yang hidup pastinya akan mati.
Dan yang hidup persipkanlah diri menghadapi maut.

Bagaimana harus dipersiapkan diri ini?
Adakah dengan melakukan perkara tidak berfaedah?
Adakah dengan keseronokan di dunia yang sementara?

Perbanyakkanlah amalan terpuji,
Melipatgandakan keseronokan beribadah,
Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah,
Yang penting, gunakanlah kuasa DOA.
InsyaAllah semuanya mudah-mudah sahaja.



No comments: