Terjadinya resepi nasi air sup halia ni gara-gara teringin sangat anak tekak nak makan sup kat Terengganu (Restoran Sup Rasa Sayang). Kalau kat kedai tu, supnya sangat marvelous, tak rasa sup berempah, cuma air rebusan daging ala-ala sup kemboja (kuyteav). Mana aku tau ni? Aku google je, punyalah nak cari resepi punya pasal. Jadi tembak je la benda ni ala-ala kuyteav tu. Resepi asal dia banyak guna daging haram, jadi aku ubah jadi halal, kita gunalah daging lembu yang enak.
Masak punya masak, bau sup bila halia dan bawang putih tu dah masak, memang sedap. Sup wangi bau dah lebih kurang macam kat restoran tu. Tapi rasanya masih ada sesuatu yang kurang. Ayah aku kata sup camni biasa guna bawang putih jeruk, tapi sejauh mana kebenarannya, wallahualam. Belum cuba belum tahu. Hehe. Nanti dah cuba baru update.
Apa-apa pun rasa dia dah ikut anak tekak aku dah sebab aku ni tak suka sangat sup yang berempah. Sup ni bila tambah kicap pedas, memang nyumnyum. Heee.
Daging - sedap je kan isi dia seketol-seketol. NYUM! |
Ni je main ingredients. Sini halia sebenar mahal jadi guna yang mince jelah ye. |
Bahan-bahan (6 orang)
Sup
500 gm daging
7-8 cawan air
5-6 ulas bawang putih - tumbuk
1 biji bawang besar - cincang
1 sudu besar halia cincang
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar lobak asin - racik
Garam
Gula
Bahan Tabur
Daging - hiris nipis
Daging - hiris nipis
Bawang goreng
Daun sup
Taugeh
Ikan bilis goreng
Kentang potong dadu + garam - goreng
Lobak asin
Sos kicap
2 sudu besar cili boh
Kicap manis
Minyak
Cara-cara
Nasi
Masak dalam periuk nasi biasa cuma lebihkan air
Sup
Nasi
Masak dalam periuk nasi biasa cuma lebihkan air
Sup
1. Rebus kesemua bahan sekali gus untuk membuat sup.
2. Biarkan di atas api sederhana selama 1-2 jam (lagi lama lagi bagus).
3. Perasakan dengan gula dan garam mengikut selera anak tekak.
4. Keluarkan daging. Tapis.
5. Hiris daging nipis-nipis.
Sos Kicap
1. Tumis cili boh dengan minyak hingga garing, bukan hangus.
2. Masukkan kicap ikut keperluan/kesukaan.
Kalau rajin buatlah bergedil, kalau malas jadilah macam aku potong kentang, gaul garam sikit dan goreng. |
Tips : untuk nasi air ni, lagi banyak bahan tabur lagi bagus. Penyeri, penyedap rasa.
3 comments:
wahhh..kene cube ni..hehe
p/s:buku "aku terima nikahnya" tu blh beli on9..kalau nak linknye blh google or tny sy..nnt sy carikan..termasuk kos penghantaran..TQ coz sudi singgah blog sy^_^
resipi bagus ni..blh cube.. (^_^)
NUR ZULAIKHA : haa cube2 xkan ruginye sebab rasanya mmg sedap. ehh puji dri sendiri plak.hahaa. okayy thanks for the info. skang da kat mlaysia insyaAllah blh cari buku tu nanti :)
محمد حذوان : sila2 cuba, xkan nyesal punyaaa :)
Post a Comment