Dec 23, 2011

Jam loceng






Lokasi - Café de Makmur

Ami : Weh esok exam pukul berapa?
Mia : Pukul 9 pagi.
Ami : Oh pagi ke exam, ala ni aku lemah ni nak bangun pagi-pagi. Sekarang pula aku ‘cuti’.
Mia : Haa kau jangan buat hal lak, tidur tak sedar sudah lah. Hari tu exam dah macam tu, terbabas tidur. Nasib baik lecturer kita tu kasi can. Tapi dia dah pesan sekali tu je kan?
Ami : Ha itulah. Ala housemates aku pun rasanya tak ada kelas esok pagi, mana dia nak kejut akunya. Eh kau tolonglah kejutkan aku. Call eh?
Mia : Oh sorry Ami, aku kredit pun takda. Hehe. Pandai-pandailah kau ek.
Ami : Erm yela.

Lokasi : Bilik tidur Ami

Ami mengambil handsetnya dan kunci alarm. Bukan satu yang di set tapi 3 alarm. Setiap satu berbeza 5 minit waktu sebelumnya. Mana tahu terlebih tidur. Dia mahu bangun awal.

Exam, penting! Set alarm banyak-banyak.


Lokasi : Luar dewan peperiksaan

Mia : Eh Ami, awalnya kau datang. Macam mana boleh terkejut bangun tidur ni?
Ami : Hmm aku set 5 alarm, mau gila ke aku tak bangun. Bising gila! Haha. 5 Alarm. Kau adaaaa?
Mia : Haha cayalah kau. Nak bangun exam punya pasal. Bagus-bagus.

_________________________________________________________________________________

Lokasi : Rumah Sewa Ima dan Ami

Ima : Weh kau solat apa ni? Subuh? Dah pukul 9.20 pagi ni.
Ami : Aku tak terkejutlah bangun Subuh pagi tadi. Biasanya kan kau kejut tapi ni kau tak boleh pula, tu yang aku terbabas tu. Hehe.
Ima : Tu lah kau duk mengharap kat aku je. Kau tak set alarm ke?
Ami : Heh. Set. Tapi tu lah aku cam dengar tak dengar je tadi. Leka tertidur semula. Hee.
Ima : Berapa banyak kau set alarm?
Ami : Satu je la, khas untuk bangun Subuh. Haaaa.
Ima : Hmm, set lah 5 ke 6 ke! Tunjuklah sikit yang kau tu sungguh-sungguh nak bangun Subuh, sama macam sungguh-sungguh kau tak nak terlepas perkara yang PENTING!
Ami : Err yela (T_T)

atleast ada set alarm Subuh :P




5 comments:

Coretan Hati said...

HAHAHA, Tu baru sikit.
Saya SET setiap hari 15 alarm untuk bangun. :)

LydSunshine said...

Huhu... subuh gajoh. Mcm penah jugak buat.

MERAH said...

CORETAN HATI : alhamdulillah patut dicontohi ni, jgn makin berkurang sudah la yeee.huhu.

LYDSUNSHINE : hihi, kalau subuh gajah tahan lagi, takot2 tjaga dah tgh hari gajah pun dah lari :P

shinju said...

coretan hati set smpai 15!! great..

MERAH said...

itulah, semua kena contohi ni :)