Feb 5, 2012

Wishlist dunia vs wishlist akhirat


Wishlist kita.

Harapan. Angan-angan. Keinginan. Cita-cita. Azam. Semua mempunyai makna yang hampir serupa iaitu apakah yang kita harapkan untuk kita capai/perolehi dalam jangka masa tertentu. Target kita.

Tetapi siapakah yang benar-benar mengisi wishlist ini dengan mengimbangi dunia dan akhirat? Cukupkah sekadar menginginkan nikmat di dunia tetapi tidak di akhirat? Atau mungkin kita terlalu cintakan dunia sehingga terlupa untuk memikirkan mengenai kehidupan selepas mati?

“Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit? Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di air bah. Sesungguhnya Allah akan mencabut rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Dan Allah mencampakkan dalam hati kamu al-Wahn.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn?” Rasulullah menjawab, “Cintakan dunia dan takutkan mati.” (Hadis Riwayat Ahmad, 37/82, no. 22397. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth. Abu Daud, 11/371, no. 3745. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Wishlist, apa kaitannya dengan akhirat.

Kebaikan yang kita inginkan bukan sahaja kebaikan di dunia. Apa guna ada duit berbukit, gadget berderet dan sijil berkeping tetapi solatnya tak lengkap, mengajinya tersangkut-sangkut dan keluarga yang dibina kucar-kacir kerana kita terlalu mengejar dunia?

Sebaiknya, apa yang kita harapkan biarlah berfikiran jauh, iaitu boleh memberikan kebahagiaan di dunia dan juga akhirat. Bukan sekadar keseronokan diri sendiri semata. Tidak dinafikan semua yang menjadi wishlist kita adalah sesuatu yang membuahkan keseronokan dan kebahagiaan. Tetapi itu hanya di dunia. Hanya pada neraca dunia. Ukuran kejayaan di dunia semata.

Seorang Islam itu matlamatnya adalah akhirat. Dunia hanyalah alat untuk mencapai matlamatnya menjadi satu matlamat yang agung.

Tetapi kini seolah-olah dunia adalah matlamat dan akhirat hanyalah di masa lapang.

Boyfriend sebelum 20 tahun? Hmm. Baik tukar nak jadi ibu sebelum 20 tahun. Hehe. 

Realiti pemikiran masa kini

Bukan keinginan di hati untuk serkap jarang atau menuduh melulu, tetapi jika dilihat dari semua wishlist yang dipaparkan, dari pertanyaan mengenai azam tahun baru, ini membolehkan kita menilai yang mana kita utamakan, sama ada dunia ataupun akhirat.

Inilah realiti pemikiran masyarakat masa kini. Rata-rata hanya memikirkan untuk memperolehi nikmat di dunia sahaja. Bersifat materialistik. Pengisian menjurus kepada akhirat seperti mempertingkatkan ibadah, mengembangkan Islam dan penyebaran kebaikan dirasakan sesuatu yang tidak perlu diimpikan.

Kenyataan ini tidak lari dari diri penulis sendiri, sehingga suatu masa disedarkan dengan hal ini. Apakah azam tahun baru kita? Apakah pencapaian yang kita inginkan dalam masa 5 tahun? 10 tahun? Tepuk dada tanya iman.

Wishlist dunia untuk saham akhirat

Untuk menjadikan pengharapan kita sesuatu yang tidak sia-sia, refresh kembali niat kita. Untuk apa kita memiiki semua ini? Di dunia kita inginkan iphone, ipad dan memiliki laptop sendiri. Jika kemudahan-kemudahan di dunia yang lengkap ini tidak digunakan untuk memperolehi saham akhirat, semuanya menjadi sia-sia. Hidup kita bukan setakat sampai umur 60 (kalau sampai la), mati dan tiada perhitungan lagi selepas itu.

Nak rumah, jadikan sebagai markas dakwah. Boleh ke?
Nak kereta, rajinkan diri ke majlis-majlis ilmu. Boleh ke?
Nak gaji berjuta, murahkan diri untuk bersedekah. Boleh ke?
Nak berjaya di dunia, jangan lupa nak berjaya juga di akhirat kelak!

Semua pencapaian dunia ini boleh diguna untuk tujuan mendapat nilai di mata Allah. Boleh diguna untuk menyebarkan ilmu mengenai keindahan Islam, dengan tujuan menyahut seruan Kekasih Allah yakni sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat. Setiap apa yang kita lakukan semuanya bermula dari niat. Niat yang baik pada permulaanya, akan mempunyai kesudahan yang baik kelak. InsyaAllah.

Gunakanlah apa yang kita perolehi di dunia dengan sebaiknya. Kerana setiap apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.


Tak ingin menunjuk wishlist akhirat

Mungkin ada yang tidak ingin menunjukkan wishlish akhirat dengan alasan nanti dikatakan menunjuk-nunjuk baik. Biar ini antara kita dengan Allah sahaja. Tetapi keinginan yang berbentuk harta dunia tu bukankah orang juga boleh salah faham bahawa yang kita juga menunjuk-nunjuk? Terutama yang telah berjaya mencapai semuanya. Walaupun niat di hati hanya ingin berkongsi.

Di sini bukannya isu menunjuk baik ataupun tidak. Ini adalah galakan untuk sesama kita berlumba-lumba mengejar melakukan sesuatu yang boleh menyumbang kebaikan di dunia dan di akhirat. Di sini tidaklah saya kata setiap kita perlu meletakkan wishlist akhirat, untuk menunjukkan semangat itu.

Cuma apa yang saya tekankan di sini ialah kita perlu perbaiki cara pemikiran kita. Pemikiran yang spontan apabila ditanya mengenai keinginan dan kehendak. Cara pemikiran yang secara tidak langsung mendedahkan siapa kita sebenarnya. Tergolongkah kita di dalam hadis Rasulullah itu? Naudzubillah. Hentikan melebih-lebihkan dunia kerana akhirat itu adalah matlamat kita!


Kesimpulan

Ubahlah cara kita berfikir. Spontannya jawapan yang kita beri mencerminkan diri kita yang sebenarnya. Apakah yang kita utamakan selama kita hidup ini. Tidak cukup dengan hanya mencapai kejayaan di dunia. Kerana tanpa kejayaan di akhirat semua adalah sia-sia. Imbangilah antara keduanya agar kita menjadi mukmin yang berbahagia di dunia dan di akhirat.Mudah-mudahan.
  
Pesanan Penaja : Bagi yang ingin menayangkan wishlist, imbangilah antara dunia dan akhirat. Mungkin ada yang merasakan apabila meletakkan wishlist di blog ataupun di mana-mana saja, sebagai pendorong untuk mencapai target. As a reminder. Tetapi jika dengan niat hanya untuk menunjuk apa yang telah dia perolehi, digalakkan untuk refreshkan kembali niat yang telah tersasar itu. Betulkan niat kerana segalanya bermula dari niat.




9 comments:

emy|farid said...

teringin nak hafal...

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

An aye opener and a wake call to allitu yang sebaik-baiknya keseimbangan dunia dan akhirat

Kalamhati said...

sangat bermanfaat..wishlist dunia tu mmg kita kejar nk penuhi..yg akhirat kdg2 kita letak tepi..huhu

kindergartenlibrary said...

wishlist akhirat tu penting ^^

Amirah Fisra said...

hafal Quran.. kawan-2 selalu je dorong saya utk hafal Quran :)

emylase. said...

sokong dengan entri ini =) kadang2 kita alpa dgn wishlist akhirat.. :\

Aretikz said...

Wishlist dunia jika berlandaskan syariat, pasti boleh menjadi mencapai saham akhirat ^^

miranadia said...

saya sokong!

headayahchul :) said...

sy pon skong :)) n sy harap sy akan buat wishlist akhirat plak ^^ thanks share