“You masuk MELAYU?!” jerkah si ibu tanda berang.
“No, I masuk ISLAM mummy, I bukan masuk MELAYU”
Sewaktu terlafaznya syahadah oleh seorang saudara baru Islam,
kebahagiaan tidak terkata. Sama ada kepada si pelafaznya mahupun yang
menyaksikannya. Sungguh aneh perasaan ketika itu. Hanya syukur kepadaMu ya
Allah yang mampu dipanjatkan.
Sokongan yang diberikan kepada saudara baru itu bukan sekadar kehangatan
yang sementara, malah atas nama ukhuwah susah senang diharung bersama. Walau ada
segelintir yang memandang seorang muallaf itu sebagai seorang yang sedikit ilmu
agama di dadanya jika nak dibandingkan dengan mereka yang lebih ‘lama’ berkecimpung dalam
agama ini. Benarkah itu? Sudah sedalam mana kita mengkaji dan mendalami sendiri
agama yang kita kata agama kita ini?
Tidak cukup dengan itu, seorang muallaf itu perlu berhadapan dengan ahli
keluarga dan sahabat-sahabat yang tidak mengerti. Disisihkan kerana tidak
faham bahawa apabila seseorang itu masuk ke dalam agama Islam bukan bermakna
terputusnya hubungan. Yang paling ketara terpisahnya hubungan antara seorang
anak dengan ibu bapa dan keluarganya. Dalam Islam, tiada konsep ini. Ibu bapa
tetap wajib dihormati dan dikasihi.
Nama yang terpaksa di ‘melayu’kan, dan itu yang menjadi orang salah
sangka masuk ISLAM itu bermakna masuk MELAYU. Tidak. ISLAM itu agama, MELAYU
itu bangsa.
Namun, bila terdengar mereka kecewa jika seseorang itu masuk melayu
apakah mereka memandang bangsa MELAYU ini sebagai suatu bangsa yang tidak boleh
dibanggakan? Tidakkah kita rasa terpukul dengan respons seperti itu? Bukankah
kita melayu itu atau kita sendiri rasa malu untuk mengaku? Sedangkan jika berdarah campuran, bangga kita mengakuinya? Dimanakah silapnya?
Tanda tanya bertubi-tubi tidak akan merungkai persoalan.
Apakah kita mahu bangsa Melayu terus diperlekehkan seperti ini?
Bagiku, jawapannya pasti tidak.
Sekali lagi, tanda tanya bertubi-tubi tidak akan merungkaikan persoalan.
Sesuatu perlu dilaksanakan. Kesepakatan harus dibina dan diperkuat. Minda perlu
disedarkan dan gerak kerja perlu ditingkatkan. Bingkaslah bangun wahai
saudara-saudaraku. Usah selesa dengan keadaaan yang kita sangka bahagia. Bahagiakah
bila kes kejatuhan akhlak paling banyak di kalangan orang Melayu? Zina, judi, buang
anak, riba, rompak, ragut, seks songsang. Kes transgender paling banyak dikalangan Melayu, yang masih mengaku Islam. Oh tak terkata banyaknya dosa dan maksiat ini mencengkam masyarakat kita.
Jangan asyik disalahkan pemimpin sahaja, kita manusia punya akal
fikiran, pilih mana yang baik untuk diikuti, yang buruk ditinggalkan. Tiada
guna tuding jari sana, tuding jari sini, permulaan yang bijak adalah bermula
dari diri sendiri, bukannya mengharapkan pada orang lain.
Jadilah tauladan yang baik demi menjaga nama baik Islam. Bukan hanya
mengharapkan orang lain tetapi seruan ini untuk semua, setiap kita. Tanggungjawab
setiap individu. Ini bukan lagi menjadi fardu kifayah, semua ingin berlepas
diri, kerana tanggungjawab menegakkan Islam itu belum lagi terlaksana.
Bayangkan ada yang meluah rasa begini, “Nasib baik aku kenal Islam dulu baru kenal
Melayu, kalau kenal Melayu dulu tak masuk Islamlah aku”
Ouch, teruk sangat ke orang Melayu ni?! Aku terasa, apakah kau tidak
terkesan dengan kata-kata ini?
Di sinilah perlunya untuk kita perbaiki diri kerana ia secara tidak
langsung telah menjadi fitnah kepada agama Islam itu sendiri. Memang orang
kata, nak tengok Islam jangan judge kepada bangsa Melayu, tetapi tak salahkan
jika kita orang Melayu membawa nama baik Islam kepada orang bukan Islam?Lagi-lagi
di Malaysia yang terang lagi bersuluh Melayunya lebih ramai. So nak tak nak
memang orang akan relatekan Melayu = Islam.
Jangan marah atau mencemuh orang yang menghukum Melayu = Islam, tetapi
pikullah dengan penuh rasa tanggungjawab. Setiap kita menjadi ikon/model kepada
agama Islam, berasa takutlah jika kita tercalitkan noda kepada agama Islam yang
suci ini. Jangan rasakan ini sesuatu bebanan yang berat tetapi pikullah ia
dengan penuh rela kerana ini membuktikan setinggi mana keyakinan kita kepada
janji Allah.
Allah berfirman : "Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Muhammad 47:7)
Ok. Ok. I sniff something from the readers. Entry ini bukan bersifat
perkauman, cuma nak tekankan supaya orang Melayu perlu bangun membina jati
diri! Lebih tepat lagi persiapkan diri dengan jati diri Islam. Mengikut acuan seorang
muslim yang sejati. Bangun menjadi bangsa yang boleh dibanggakan, bukan diperkotak-katikkan.
Tidaklah pula menafikan, ada juga Islam di kalangan bangsa lain. Ya, itu pastilah sesuatu yang menggembirakan kerana bertambah saudara seaqidah kita. Tidak dinafikan hak mereka untuk memeluk agama ini, sedangkan itulah yang terbaik. Cuma, andai semua Melayu yang ada, mengamalkan agama Islam sebenarnya, bukankah lebih terpancar keindahan Islam yang sering kita perkatakan itu. Maka, orang-orang bukan Islam pun lebih mudah nampak "Oh inilah Islam yang sebenarnya", bukannya seperti sekarang, keliru dan mengelirukan.
Tidaklah pula menafikan, ada juga Islam di kalangan bangsa lain. Ya, itu pastilah sesuatu yang menggembirakan kerana bertambah saudara seaqidah kita. Tidak dinafikan hak mereka untuk memeluk agama ini, sedangkan itulah yang terbaik. Cuma, andai semua Melayu yang ada, mengamalkan agama Islam sebenarnya, bukankah lebih terpancar keindahan Islam yang sering kita perkatakan itu. Maka, orang-orang bukan Islam pun lebih mudah nampak "Oh inilah Islam yang sebenarnya", bukannya seperti sekarang, keliru dan mengelirukan.
Tepuk dada, tanya iman. Adakah ada perbuatan aku selama ini yang secara
tidak langsung telah memalukan atau mencalitkan fitnah kepada agama Allah ini?
Oh apakah selama ini aku telah menjadi hambaNya yg selayak dan sepatutnya?
Allahu Allah..
Hanya diri yang mampu menilai sejauh mana diri kita berguna untuk Islam..
Duduk diam-diam, fikir sejenak. Kata ISLAM, apa bukti?
4 comments:
takut sangat kalau2 diri saya ni hanya Islam pada nama...seronok baca entri ni..saling memberi peringatan
=) Rasanya bukan sebab orang 'MELAYU' tapi sebab ramai tak faham konsep 'ISLAM' =)
GREAT POST! Malu jugak sbb Melayu ni dipandang rendah. Salah sendiri bila orang salah faham tentang Melayu dan Islam. Merah, ya sbb BP. Mungkin sbb kesan suntikan awal jgak, apa2 pun fuzah dah sihat Alhamdulillah. Tak lupa, SELAMAT HARI RAYA! (=
Semoga kita orang melayu yg dilahirkan sebagai Islam...menyedari betapa beruntungnya dan menjaga kesucian Islam serta mendalaminya supaya disegani n boleh dijadikan idola bangsa lain. Bukan sebaliknya!
Post a Comment