Jan 14, 2011

Hari Jumaat kena buat apa sepatutnya?

Assalamualaikum wbt.

Sempena hari ni hari Jumaat yang mulia, aku nak ajak diri aku dan semua manusia semua melakukan perkara-perkara sunnah ni yang semakin lama semakin ditinggalkan. Maklumlah dunia ni kan penuh dengan benda yang menyeronokkan lupa pulak dunia ni hanya tempat singgahan sementara.

Biasanya manusia sekarang tibanya hari Jumaat bukan nak buat benda-benda yang dapat mendekatkan diri dengan Allah ni tapi dah sibuk fikir hari Jumaat nak :  

1. Keluar dating, dah seminggu tak jumpa pakwe makwe. Yeayyeay!!!
2. Lepak dengan kawan-kawan sampai lupa diri.
3. Pergi ice skatinglah jumaat tiket murah! Main sampai lebam!
4. Oh hari jumaat! Hari tengok wayang! Jom buat movie marathon!!!
5. Shopping sakan sebab hari ni kelas satu je, ponteng je lahh. Huhu.
6. Tidur satu hari tak bangun-bangun.
7. Pergi pasar malam. Ehh ni pun salah ke? Haha.
8. DSB. Pikir la sendiri.

Hahhh ni semua sunnah hari Jumaat kita ek?? Tak buat tak sah. Tapi takkan tak boleh nak buat benda-benda kat atas ni? Ya! Siapa lah tak suka buat benda kat atas ni kan?? Lagi-lagi yang dating tuu, seronok betul keluar berpegangan tangan kaki muka sana sini. Perlu ke??!!! Lupa pula benda tu HARAM sebab konon “aku tengah hot bercinta ni” jangan ditegur, kang kata jeles plak sebab tak ada orang nak sentuh kau sana sini. Dah.

Aku bukannya nak kata aku baik tak ada pergi tengok wayang, lepak, jalan-jalan buang masa sana sini. Aku cakap ni pun sebab diri aku pun macam ni, aku hanya manusia yang lemah. Yang aku nak sampaikan sekarang ni, bila hari jumaat je, kita bukan bersemangat nak fikir “hari ni hari Jumaat yang mulia, aku nak buat ibadat banyak-banyak” tapi duk excited nak buat perkara yang aku nyatakan kat atas. Isk, isk, isk aku lah tu. Benda-benda lagha seronok gila rasa nak buat, kalau benda yang ikut sunnah sepatutnya susah payah benar nak buatkan? Astagfirullah, lindungilah aku ya Allah!! (T.T)

Dah-dah tape, manusia memang hatinya perlu sentiasa dijaga, terlepas pandang sikit mulalah dia meliar. Yang penting kita sedar dan berubah ke arah yang lebih baik.



Ni aku senaraikan antara sunnah-sunnah hari Jumaat yang kita boleh amalkan. Jadi silalah buat checklist ye tengok kita ada buat ke tak.

1. Mandi (yang ni takkan tak buat kot?)
2. Gosok gigi (yang ni pon same)
3. Memakai minyak wangi (untuk lelaki, perempuan jangan lebih-lebih)
4. Pakai pakaian yang cantik (bukannya masa nak gi dating je)
5. WAJIB untuk lelaki pergi solat Jumaat
6. Bersegera ke masjid
7. Diam dengar khutbah elok-elok
8. Perbanyakkan solat sunat
9. Berselawat ke atas Nabi SAW
10. Membaca surah al-Kahfi

Ni bukti-buktinya kalau korang tak percaya, mana tau kot-kot kata aku ni temberang je :

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, menggosok gigi dan memakai minyak wangi, memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar hingga tiba di masjid, dan tidak melangkah leher-leher orang (di masjid), kemudian solat sunat sebanyak mana yang dia mahu, kemudian diam ketika imam muncul dan tidak bercakap sehinggalah selesai solatnya, maka dosanya di antara Jumaat itu dengan Jumaat sebelumnya akan diampuni. {HR Ahmad}

“Apabila tiba hari Jumaat, para malaikat berdiri di pintu-pintu Masjid, mereka menulis orang-orang yang datang pertama kali. Permisalan orang yang datang pada awal Jumaat bagaikan orang yang berkurban seekor unta, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor sapi, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor domba, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban seekor ayam, kemudian (yang datang berikutnya) bagaikan orang yang berkurban sebutir telur. Apabila imam telah keluar dan duduk di atas mimbar, para malaikat berbondong-bondong beranjak dari barisan mereka, lalu mereka duduk untuk mendengarkan khutbah.” [Muttafaq ’alayhi].

Membanyakkan selawat ke atas Nabi SAW. Rasulullah saw berkata: “Sesungguhnya di antara hari-hari kamu yang paling afdhal ialah hari Jumaat. Padanya Adam diciptakan dan diwafatkan, ditiupnya (sangkakala) dan hari kematian seluruh makhluk. Maka banyakkanlah berselawat ke atas aku pada hari itu kerana selawat kamu akan sampai kepada ku. Sesungguhnya Allah telah mengharamkan bumi daripada memakan jasad nabi-nabi. {HR Ahmad}

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan mendapatkan cahaya di antara dua Jumaat.” {HR al-Hakim}.





4 comments:

anamizu said...

rasenye yg sepuluh kat atas tu yg selalu dibuat kot..ngeee~~

recent post : |curriculum vitae atau resume???|

Mr.TN_SkY said...

nice entry :-D ..kadang terlupa kdg2 ingat..bila nk istiqamah <----hehe..pesanan untuk diri sndiri lepas baca entri ni huhu

Shira Mary Jenn said...

suka baca ;)

MERAH said...

ANAMIZU : Alhamdulillah bgus2. :)

FERRY : ape :(? buat ke x ni yg ats tu??

MR. TN_SKY : yup2 saling ingta mengingati.kita ni mnusia yg pelupa.

MARY ANN ;) : hehe rajen2 la mbaca di sini :)