Assalamualaikum wbt.
Kali ni nak tulis lebih kepada renungan untuk diri sendiri, tapi tak salah kalau nak kongsi sesama manusia sebagai peringatan.
Hari ni pergi pasar malam, si anak dah fikir dah nak minta dengan si ibu nak beli baju, tudung, air kelapa, itu ini dan macam-macam. Masa kat pasar, si ibu marah tak bagi beli. Terus tarik muka masam.
Si suami nak ajak si isteri pergi dating hari ni. Si isteri pula banyak urusan kat rumah (ingat kerja kat rumah sikit ke nak urus?), bersiap lambat sikit, si suami pula marah dan herdik si isteri.
Plan nak pergi shopping hari ni last day sale kat butik. Tup-tup kereta tak boleh nak start enjin. Keesokkan harinya sedih melampau dan nyampah kat kawan sebab kawan kata sale murah sampai hampir 99% diskaun.
Kita ni kalau ada benda yang kita dah rancang dengan sempurna kononnya, tiba-tiba tak jadi seperti yang dirancang kita akan terus rasa down, marah, sedih, nyampah, benci dan sebagainya. “Aku rancang macam tu, macam tu juga aku nak!”. Sedarkah kita sebenarnya seolah-olah menyalahkan Allah bila keadaan macam tu terjadi?
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan.
Semua dah tahu ungkapan ni. Siap boleh guna nak bagi nasihat kat orang lain. Tapi bila jadi kat diri sendiri, lupa pula kita ada Tuhan yang tentukan apa yang terbaik untuk diri kita. Memang kita ada kehendak dan keinginan kita sendiri. Tapi belum tentu apa yang kita impikan itu terbaik untuk diri kita. Allah itu maha mengetahui. Dan jika benda baik itu bukan milik kita sekarang, InsyaAllah kita akan merasainya suatu hari nanti. Kebahagiaan dan kejayaan itu bersama orang-orang yang sabar.
"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah : 216)
Tak salah nak rasa sedih, marah ke apa. Tapi jangan lah melampau-lampau. Memang Allah kurniakan kita dengan perasaan yang bermacam jenis tapi tu pun salah satu bentuk ujian. Kita kena kawal perasaan kita terutamanya semasa marah. Jangan biarkan api kemarahan tu menutup kebaikan di hati kita kerana marah itu adalah hasutan syaitan.
Dan janganlah sedih melampau sebab kalau nak difikirkan, layakkah kita nak bersedih? Kalau diikutkan, Allah lagi sedih dengan perangai manusia sekarang yang dah tak tahu apa tujuan dia hidup di bumi ni. Solat ikut suka kau jak. Benda wajib buat tak buat, benda haram buat, seronok pula buat. Buat kerja sia-sia. Buat dosa tak rasa takut tapi seronok. Fikir-fikirkanlah.
Jadi janganlah kalau benda tu tak ikut apa yang kita nak, kita bermasam muka, mengamuk tak tentu pasal. Bersabar itu kan bagus J.
p/s : Sampai bila nak sabar? Sampai kau tetap tersenyum saat ujian paling besar menghampirimu.
6 comments:
wow...hmm..setuju...allah cipta manusia mempunyai pelbagai perasaan..
info yg bgus....
suke2..
(^_____________________^)
folo sni..;)
ermm..selalu jadi kat diri sendiri :)
:) nice entry
down, marah, sedih, nyampah, benci akan membuatkan otak kita sentiasa berfikir.Kiranya macam satu senaman jugak tu.Baik untuk kesihatan minda....tapi jangan difikirkan sangat.strees tak baik untuk jantung anda...
nice n3.. =)
Post a Comment