Feb 19, 2011

3 hari yang berharga

Assalamualaikum wbt.

Apa benda lah nya yang tinggal 3 hari lagi ni ya. 3 hari yang amat berharga untuk aku. Tapiiiiiii...membuatkan aku rasa tak keruan dan kalut semacam je. Rasa macam semua benda tak siap dan tak settle. Serabut. Serabut tapi malas nak buat pape. Pasni aku dah tak ada dah kat rumah ni. Ohh sedih sebenarnya. Berdebar-debar pun ada. Cehhh gaya cakap macam next week nak kawen je. Haha.


Sebenarnya aku dah nak kena sambung balik study next week. Dah kena balik semula ke Australia. Ohh sungguh rasa berat hati nak pergi. Perasaannya lagi dasyat dari mula-mula nak fly tahun lepas. Masa nak fly tu tak ada lah pula perasaan macam ni. Releks je gaya. Masa orang sedih-sedih menangis nak fly pun aku muka tak ada perasaan je. Sekarang ni pula rasa tak nak pergi. Ntah pape.

Barang tak start packing pun lagi. Boleh tak aku balik sana tanpa packing? Haha. Rupa-rupanya dah habis cuti aku selama 3 bulan di sini. Sekejap je rasa macam semalam baru balik. Segala plan untuk cuti ni pun tak tertunai lagi semuanya. Buat benda baru yang tak dirancang adalah, contohnya blog ni. Mana ada aku terfikir dulu nak habiskan masa aku dengan berblog ni. Hehe. Perancangan lain yang aku buat,benda lain juga yang jadi. Tapi melalui blog ni aku rasa ada juga faedahnya yang aku dapat. Tak adalah sia-sia je masa aku.

Kita merangcang, tetapi Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah swt.

Dah masuk second year dah aku belajar Farmasi. Memang cepat masa berlalu. Agaknya lepas ni lagi banyaklah nama ubat nak kena hafal. Ohhhhhh  (-.-) Bersyukur sangat result 1st year lepas dan tak tersangkut. Kalau tak susah juga nak kena duduki exam semula atau paling menyedihkan kalau terus gagal tak boleh repeat dah. Ohh minta-minta dijauhkan. Harap-harap tahun berikutnya pun lepas lah. Aku tak target tinggi, asal lepas sudah, sebab nak lepas pun dah payah. Haha.

Ok sudah. Terimalah kenyataan yang cuti kau dah habis ye.



8 comments:

ferry said...

merah dah nak balik dah? nnti update la kisah dari sana plak ye

MERAH said...

hehe yelaaa nak balik dohh.wu.insyaAllah jika ada kelapangan.

ferry said...

nnti letak gambar cun2 tau.. gambar kanggaru ada tak?

MERAH said...

haa yelaa.haa?kanggaru cun?nanti try cari.haha :P

teratai said...

ada apa lagi yg belum makan sblm fly?kot2 kempunan pulak kang!

ferry said...

haa..mak dah tanya tu..boleh request apa2 je :D

MERAH said...

MAK : erm erm nt cek list.hee.rase dah mkn sume bnd.dah nk explode perot ni.wuu

FERR : dah mcm2 dah request sblm ni.hoho

Taufiq Tiramisu said...

wa wa wa..hebat nye study australia..hehehehe..