Assalamualaikum
wbt
Pejam celik pejam celik siapa sangka dah masuk bulan Julai dah pun. Winter break pun dah seminggu lebih berlalu. Last sekali aku post entry pun masa 31 March. Maknanya dah 3 bulan lebih blog ditinggalkan bersawang berhabuk. Rasa macam baru semalam post. Haha tipu, okay sem ni tak sempat betul-betul nak mengadap berblogging kerana ‘pertempuran’ sengit yang terpaksa aku lalui. Ingat konon bolehlah update satu dua entries sebulan tapi bayang pun tak ada. Oh ada je alasan!
Pejam celik pejam celik siapa sangka dah masuk bulan Julai dah pun. Winter break pun dah seminggu lebih berlalu. Last sekali aku post entry pun masa 31 March. Maknanya dah 3 bulan lebih blog ditinggalkan bersawang berhabuk. Rasa macam baru semalam post. Haha tipu, okay sem ni tak sempat betul-betul nak mengadap berblogging kerana ‘pertempuran’ sengit yang terpaksa aku lalui. Ingat konon bolehlah update satu dua entries sebulan tapi bayang pun tak ada. Oh ada je alasan!
Habisnya
final exam sem ni rasa sangat lega dan tenang. Bukan maknanya yakin boleh dapat
result dengan cemerlangnya tapi insyaAllah itu yang terbaik yang mampu diberi.
Hanya kepada Allah jua aku bergantung untuk keputusan akhirnya. Jika baik, maka
bersyukurlah. Jika tidak, maka bersyukurlah juga. Setiap itu direncanakan ada
hikmahnya.
Untuk
mukadimah pengembalian ke alam blog ni, nak share satu resepi untuk orang yang
nak makanan sihat, mudah, cepat dan enak. Eceh puji makanan sendiri. Hahha. Terciptanya resepi ni atas dasar terlalu busy
untuk menghadapi masa terlalu lama di dapur. Konon jimat masa, sebab nak focus study
ni, padahal….hanya tuan badan yang tahu. Hee. So, kalau orang-orang yang suka
kerja express sangat sesuailah buat menu ni. Tak perlu nak tumis-tumis minyak
merecik bagai. Haaa. Jom jom.
400gm daging (5-6 orang makan)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1-2 sudu besar serbuk cili/cili boh (nak pedas letak banyak)
Secubit garam
1 sudu kecil gula
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu
Cara-cara
1. Rebus daging
dengan api perlahan-sederhana selama 30-45 minit. Angkat tapis. Potong.
2. Gaul dengan
kesemua bahan.
3. Perap
selama >30 minit (lagi lama lagi sedap)
4. Alas
aluminium foil di atas tray pembakar. Susun daging perap.
5. Bakar pada
suhu 180o C selama 20-30 minit.
6. Balik-balikkan
daging supaya masak dengan rata.
7. Nak dekat
masak tuang sikit madu atas daging dan ratakan. Biar dalam oven selama 5 minit.
8. Hidang
& makan.
Kalau
tak nak rebus pun mungkin boleh tapi akan mengambil masa untuk bakar. So rebus
pun bukan payah, just letak air+daging atas dapur. Air rebusan jangan buang
sebab boleh buat sup yang boleh dimakan bersama dengan daging ni. Masa ni aku
buat nasi jagung dan lobak untuk digandingkan bersama daging bakar ni. Nasi
putih biasa pun layan je.
3 comments:
sedapnya...nak share kat blog kita k!
anda ditag
http://kelip-kelipancontest.blogspot.com/2012/08/segmen-hanifidrus-segmen-menerjah.html
Assalamualaikum. Merah, fuzah (merah90) ni. Apa khabar? Fuzah dah lama tinggalkan blog bersawang. Sekarang dah mula buka balik. Harap Merah terbuka hati nak buka blog balik. Rindu lah pulak nak tengok post Merah yang best2. Kalau dah buka blog nnt hit balik ek? Fuzah tunggu :)
Post a Comment