Setelah beberapa kali gagal dalam menghasilkan cream puff yang gebu dan cun, aku rasa sungguh geram selagi tak menjadi seperti yang cubaan kali pertama membuat Cream Puff ini. Kisah aku bersama si gebu ini ada di sini (TEKAN weh tekan!!)
Baiklah kali ini hasilnya melegakan hati dan sanubariku kerana Cream Puff ku tidak lagi cair meleleh dan setelah masak keras seperti batu. Mereka juga naik dengan kembang kempisnya. Lega. Lega. Alhamdulillah. Sampai 2 adunan terus aku buat kali ni. Hee~
Ini dia resepi ajaib Cream Puff kembang untuk 40++ biji (1 adunan)
Pastry puff
Bahan-bahan
180 g tepung gandum
290 ml air
120 g mentega
5 biji telur
1 sudu baking powder
Cara-cara
1. Didihkan air dan mentega.
2. Tutup api kemudian gaul tepung gandum bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Biarkan sejuk.
3. Pecahkan telur dan kacau supaya kuning dan putih telur bercampur. Jangan tepuk terlalu lama.
4. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam doh yang telah sejuk tadi. Gaul rata.
5. Masukkan ke dalam piping bag/guna sudu untuk membentuk doh.
6. Renjiskan air pada permukaan puff.
7. Bakar pada suhu 200oc untuk 15 minit. Kemudian turunkan kepada 180oc untuk 15-20 minit.
8. Sejukkan puff.
9. Belah puff dari atas dan sumbatkan inti
Cream / Inti (kastad jagung)
Bahan-bahan
1/4 cawan tepung custard/kastad
1/2 cawan susu segar
3/4 cawan gula
1/2 cawan air
3 sudu besar cream corn (dalam tin) - kalau tak suka tak payah letak
Cara-cara
1. Gaul rata air bersama tepung kastad.
2. Letakkan atas api sederhana.
3. Masukkan gula dan susu.
4. Masukkan cream corn. Gaul rata.
(kalau inti ni agak pekat, tambahlah susu/air)
(kalau inti agak cair, tambah tepung kastad+air)
(nak tahu inti dah pekat ke tak, biarkan sejuk dahulu)
p/s : happy weh mereka naik dengan comel. Haha. Berdebar-debar tunggu depan oven. walaupun ada antara mereka yang tapaknya berlubang sehingga aku tepaksa sumbat dari bawah. Heee~
7 comments:
sukaaa recipe ni :) nnt nak try la :)
yeahhh!! akhirnya dah jadik!!
suka creampuff!
nak skit boleh?
wah sedapnyer!!
kamu ditag yea http://aderkukisah.blogspot.com/2011/02/contest-kami-pose-cumey.html
sedap nyee, terliur den.. ;) *dah start mengidam cream puff*
sedap nya!!!!
pos kan kat umah sy leh tak?
huhuhu!
x pernah kene rotan dengan mak atau bapak, ehehe!
dengan ustaz penah, sebab tak hafal surah, haha
=.="
Post a Comment